FOLLOWER

2 Mac 2013

Request: Saya Nak Doodle Alif Ismail V2.0

As salam,


Request: Saya Nak Doodle Alif Ismail V2.0


Pertama sekali diucapkan terima kasih kepada Alif Ismail kerana mengadakan 'segmen' doodle impian dengan PERCUMA.  Paling tidak yangbaik berpeluang mempunyai doodle rekaan Alif (kebetulan pula nama pun sama dengan anak yangbaik)


Syarat yang dikenakan untuk mendapatkan doodle istimewa ini juga ringkas dan senang diikut.

Syarat pertama letakkan banner dan link kan ke blog Alid Ismail, telahpun dilaksanakan seperti tertera di atas.

Syarat kedua pula Alif Ismail hendak tahu mengapa anda mahukan doodle rekaannya.  Senang cerita yangbaik belum ada doodle comel dan tak berapa pandai pula nak buat doodle sendiri... pernah juga beberapa kali buat sendiri tapi tak berapa menjadi... sekadar memuaskan hati sendiri juga.

Yang betulnya adalah doodle Alif Ismail nampak cantik dan comel sangat, seperti yang dibuat untuk Remy HazzaYangbaik dapat tahu mengenai doodle ini pun melalui Remy Hazza tak berapa lama dulu.  Tak sangka pula segmen doodle percuma ni masih lagi berlangsung.  Jadi yangbaik ambil peluang ini untuk mendapatkan Doodle Ali Ismail V2.0.

3 daripada 4 orang anak yangbaik

Suka juga dimaklumkan pemilik blog yangbaik adalah seorang wanita iaitu ibu yang bekerja dan mempunyai anak kecil seramai 4 orang dari berumur antara 5 bulan, 2 tahun, 6 tahun dan 7 tahun.



Tujuan yangbaik menyatakan ini adalah kerana pernah suatu ketika dulu, Rakan blogger menyangka yangbaik adalah lelaki.  Mungkin juga kerana tidak banyak perhiasan wanita di blog ini yang menyebabkan mereka menyangka yangbaik adalah lelaki.

Tidak mengapalah yangbaik tidak berkecil hati dan memang yangbaik tidak berapa suka nak hias macam-macam kat blog ni, yangbaik lebih suka kosong dan santai... tak terlalu berat.. walaupun blog ini dah macam berat sikit.

Untuk makluman Alif juga, yangbaik lebih suka mata doodle warna hitam atau warna coklat gelap.  Tak mahulah warna biru atau hijau bagai-bagai... tak sesuai pulak dengan usia neh...

Macam banyak 'songeh' pula, macam-macam nak diceritakan dan ceritapun panjang lebar.

Sekianlah dulu catatan yangbaik berkaitan Request: Saya Nak Doodle Alif Ismail V2.0.  Kepada Rakan Blogger yang berminat sila lah klik pada link ini ataupun pada banner di atas.  Sehingga tarikh catatan ini dikeluarkan segmen berkenaan masih belum ditutup dan terbuka.


Suka Duka Pentas Dunia

1 ulasan:

  1. salam akak yangbaik...sesungguhnya alif terharu membaca utusan akak..

    insyaallah kalau diizinkan masa dan usia yg panjang, akan alif tunaikan kesemua impian ...diharap akak bersabar menanti giliran ye..

    rajin2 lah singgah ke blog alif ismail ni lagi... ^_^

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...