FOLLOWER

5 Mac 2013

Tak suka perasaan itu | Dengki

As salam,


Sekali sekali tersemat jua perasaan itu
Perasaan dengki dengan kelebihan orang lain
Namun hati tidak suka dengan perasaan itu
Biarkan saja kejayaan dan kelebihan orang lain
Kelebihan dan kejayaannya adalah atas usaha dia
Ingin punya kelebihan dan kejayaan?
Usahalah dengan tenaga sendiri tulang empat kerat

Dengki itu bawa perasaan yang tidak enak dan tidak bagus
Merosak jiwa dan hati yang suci murni
Meranap seluruh iman dan kebaikan nurani
Memusnah kepercayaan diri dan kebaikan hati

Jauhi perasaan itu pasti diri rasa aman
Fikirkan sesuatu untuk kejayaan diri
Tidak perlu iri kejayaan orang
Kekuatan diri dibangunkan kelemahan diri diketepikan
Pasti kejayaan datang menjengah

Tidak perlu dengki dengan perasaan orang
Andai diri penuh simpati penuh rahmah
Kasih dan sayang itu datang sendiri
Tidak perlu dicari dengan jalan yang salah
Mencanang keburukan orang bukan kaedahnya
Baiki jati diri juga kekuatan jiwa
Sesiapapun pasti luhur seluruh jiwa

Orang memberi kita merasa
Tidak perlu mencari silap dan salah
Tidak perlu jual segala maruah
Jiwa sendiri kelak kan punah


Jauhilah dengki, karena sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya saat ia dengki kepada saudaranya.
(Aun bin Abdullah)


3 ulasan:

  1. PHD nie memang sifat yang perlu kita buang dalam diri... Minta dijauhkan sifat sebegitu...Amin

    BalasPadam
  2. sifat dengki dan iri hati itu akan memakan diri. maka jauhilah ia...

    BalasPadam
  3. PHD...memang kental dikalangan bangsa melayu..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...