FOLLOWER

16 Mac 2013

Tip mendapatkan idea dan penyumbang semangat

As salam,


Banyak perkara yang memudahkan kita dan memberi jalan kepada kita serta memberi semangat kepada kita untuk meneruskan perjuangan.

Sama ada sedar atau tidak ketika kita susah dalam diam ada sesuatu yang memberi semangat dan kekuatan kepada kita.  Seterusnya memberi jalan dan idea kepada kita untuk melakukan sesuatu tugas dan amanah dengan sempurna.

Terpulang kepada kita bagaimana hendak mengenali peluang yang tiba depan mata atau mencari jalan untuk mendapatkan peluang yang ada.  Mungkin juga sesekali kita tersesat atau terleka dengan peluang yang tiba tetapi tidak semestinya kita putus semangat dalam hidup.

Hidup mesti diteruskan.


Sebagai contoh adalah percakapan orang mengenai sesuatu isu.  Tidak semestinya kita mengulang semula apa yang orang kata tetapi sekadar mengambil intipati.  Yang penting kita faham apa yang dikatakan dan tidak cepat melenting.

Buatlah ulasan ala kadar dan blog kan isu itu.  Ha... kan dan kena.  So lepas ni sesiapa yang nak mengata orang tu pastikan kata yang baik-baik dan kalau ada yang tak baik jangan pula nak diperbesarkan.  Jika tidak perbualan anda dirakam dan akan dikarang semula dalam blog.


sumber:  nuffnang
Contoh kedua adalah bagi para blogger kadang-kadang kata kunci atau 'keywords' sebuah pencarian boleh dijadikan tajuk cerita atau juga bahan cerita.  Bila tengok pada 'keywords' di atas ia sedikit sebanyak memberi idea kepada aye untuk menghasilkan rekaan corak sendiri.  Mungkin juga boleh dijadikan sedikit idea pula kepada orang lain untuk menghasilkan rekaan corak mereka sendiri.  What you give, you get back.

Entah apa pula yang merepek ni yer.  Sebenarnya itulah hakikat kehidupan.  Semua orang pun tahu mengenainya.

Sekian dulu semoga ceria dan ketenangan untuk semua.

.

1 ulasan:

  1. ada kebenarannya tentang apa yang ingin disampaikan dalam entri ni...saya setuju...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...