FOLLOWER

3 April 2013

Asalkan kau bahagia

As salam,


Beginilah keadaan dan suasana bila ummi ada di rumah.  Nampak macam demam, tapi dah adat budak-budak kan, demam macam mana pun selagi boleh gerak dia tetap gerak dan melompat tak ingat dunia... tapi bila dah letih, sakit badan sana sini baru lah nak cari ummi...

Anak-anak sesekali bila dibiarkan ikut kehendak hati dia macam inilah sebahagiannya.

Antara himpunan warna pensil milik abang dan kakaknya yang dihimpun dalam balang... diserakkan.  Macam lepas geram jer.




Lihatlah tompokan putih di seluruh badannya.  Itu losyen yang diambil dari Klinik Asri.  Losyen dah nak habis tapi bintik campak masih kelihatan dan nampak macam ada yang baru timbul pun ada.  Cari di Klinik Zakaria dah habis pulak... kata doktor sekarang ni musim demam campak... hmmm no wonder la krim tu cepat habis... esok nak tengok di Klinik Azhar pulak.

Kalau tak ada juga kena beli la lotion berubat di Watson atau di mana-mana farmasi.

Untuk anak-anak dan yang tersayang... semoga mereka sentiasa bahagia.


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak, semoga anak akak cepat sembuh. kesian dia...

    BalasPadam
  2. semoga mereka cepat sembuh... ^_^

    BalasPadam
  3. jemput baca

    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/04/blog-post.html

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...