FOLLOWER

5 April 2013

Cerita tersinggung dan terima kenyataan

As salam,



Sempena hari Jumaat, penghulu hari yang mulia ini rasa tak berapa selesa nak bercerita mengenai perasaan atau rasa hati yang tersinggung terutama bila dikaitkan dengan orang lain.

Mungkin juga kita tidak sedar bukan kita saja yang tersinggung tetapi ramai lagi orang yang tersinggung dengan apa yang berlaku disekelilingnya.

Kita mungkin juga akan tersinggung dengan sesiapa saja yang tidak mempunyai pendapat yang sama dengan kita, atau mungkin juga bila ada orang lain tidak menerima pendapat kita atau mungkin juga bila ada orang menegur perbuatan kita.

Dalam tidak sedar mungkin juga kita pernah menyinggung perasaan orang lain termasuk juga pembaca blog kita.  Mungkin juga pembaca akan rasa tersinggung dengan tulisan kita yang menyentuh secara peribadi hak milik mereka.

Kepada semua pembaca blog ini, aye mohon maaf andainya anda pernah tersinggung dengan tulisan yang dipaparkan di sini.

Aye dengan ini ingin juga mengingat diri sendiri agar tidak cepat melatah dan menerima teguran dengan hati terbuka.


 
Kata kunci di atas adalah antara punca aye membuat artikel ini dan kesimpulannya agar kita semua dapat terima kenyataan hidup dengan hati yang terbuka.


Terima kasih semua.

1 ulasan:

  1. In Shaa Allah...Manusia kan tak pernah lari dari khilaf... ^_^

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...