FOLLOWER

7 April 2013

CORAK Serakan kiub vs serakan kufi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sekali lagi setelah sekian lama tidak mengeluarkan entri berkaitan corak.  Corak ini seperti biasa adalah hasil tangan aye sendiri.  Sudah agak lama terpendam idea untuk membuat corak kiub ini tetapi tidaklah berapa lama sangat corak serakan kiub ini tersimpan dalam koleksi peribadi.

Secara kebetulan pula Anugerah Bintang Popular Berita Harian kali ini bertemakan Serakan Geomatrik rasa terpanggil pula nak keluarkan corak serakan kiub ini.  Walaupun sebenarnya idea nak mengarang pun tak berapa nak datang kerana keletihan berkejaran ke hospital.


CORAK Serakan Kiub
i) serakan kiub ungu

ii)  serakan kiub aneka himpunan

iii)  serakan kiub bingkai hitam

iv)  serakan kiub biru

CORAK serakan kufi pula.






CORAK serakan kufi dan serakan kiub ini tercipta berturutan cuma tak ingat mana satu yang lahir dulu sama ada CORAK kiub atau CORAK kufi.  Walau apapun kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain.

Terfikir sejenak kata-kata ini "orang yang sukar difahami tidak semestinya orang seni"  dan aye juga berpendapat orang seni itu tidak semestinya mempunyai idea yang sukar difahami dan terlalu mementingkan hakmilik peribadi sendiri dalam masa yang sama menyinggung perasaan dan menyusahkan orang lain.

Walau apa pun terserah kepada penerimaan masing-masing... ayat kembali skema.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...