FOLLOWER

10 April 2013

Doodle Blogger Muslimah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Wah! Bukan main lagi rasa nak lompat-lompat sambil tepuk tangan macam kanak-kanak riang.  Bukan Tepok Amai-Amai tau.

Kenapa aye gembira sangat?  Kerana Doodle Blogger Muslimah dah siap!!!.  Bukan senang nak dapat doodle macam ni... memang sejarah sungguh ler.   Doodle ini aye dapat bersempena Segmen Blogger Muslimah anjuran Blogger FizGraphic.

Tengok doodle kat atas tu macam ada ikatan kimia pula dengan aye cuma satu saja yang lain mata aye tak bulat macam mata doodle tu.  Ahhh komplen banyak pulak. 

Terimalah pantun empat kerat yang tidak seberapanya ini, sebagai tanda ingatan di hati kepada pereka Doodle Blogger Muslimah dan anda juga yang sudi membaca:


Blogger muslimah idaman hati
Kuning ungu cantik berseri
Terima kasih Hafizi Azizi
Semoga sudi buat lagi
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...