FOLLOWER

5 April 2013

Jom minum susu

As salam,


Seperti biasa memang tak tahu macam mana nak mula cerita.  Tajuk dah ada, bahan cerita pun ada tapi aye lemah sikit nak buat intro/pengenalan... lemah betul.



Tajuk cerita jom minum susu, tapi pengenalannya langsung tiada kaitan dengan susu.  Kan... dah tulis kat atas tadi.

Teringat dulu, nak minum susu memang takut.  Takut muak (macam baby pulak).  Takut sakit perut pun ada sebab aye ni kadang-kadang alah dengan susu dan selalunya susu pekat manis.

Tetapi,bila dah berumur ni baru nak kuatkan semangat minum susu.  Semoga belum terlambat.  Wanita kan ke sepatunya kena mula minum susu dari muda.  Tetapi biarlah terlambat sikit jangan tak buat apa-apa langsung.  

Sekarang ni susu ANLENE sentiasa ada sekotak di ofis.  Kadang-kadang susu coklat kadang-kadang susu biasa... ditukar ikut selera. Kalau dirumah memang beli susu dalam paket... mahal sikit la, tapi tak apalah bagus untuk kesihatan tulang dan gigi.

Kan... sekarang ni dah berumur, tulang dah mula mereput, gigi pun dah mula gugur.

Kalau terbaca catatan aye mungkin juga sesekali akan terjumpa penutup di permulaan dan pengenalan letaknya di penutup cerita. Nasib baik juga karangan masa SPM dulu pass dan esei masa diploma pun cemerlang. Cuma sekarang saja malas sikit nak buat kajian ayat... pakai redah jer.

Sekian dulu.  Utamakan kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...