FOLLOWER

25 April 2013

Sahabat yang terbaik

Assalamulaikum dan selamat sejahtera buat semua sahabat yang terbaik


corak dan motif hiasan di atas boleh juga
digambarkan sebagai ingatan buat sahabat terbaik

Tiba-tiba teringat salah seorang sahabat terbaik.  Jom kita tambah sahabat dan jadi sahabat yang terbaik buat sahabat kita. 

Dalam masa-masa tertentu kita memang memerlukan sahabat untuk bercerita dan berkongsi kisah suka dan duka.  Bukan untuk mengadu tetapi sebagai 'tempat' untuk kita berkongsi seribu rasa.  Kita sebenarnya tidak mampu menyimpan seribu rasa yang terbuku di ruang hati atau lubuk minda.  Sahabat yang terbaik pasti akan sentiasa sudi mendengar luahan seribu malahan sejuta rasa yang terpendam.

Sahabat yang terbaik bukan sahaja mendengar malahan mampu juga memahami situasi yang sedang kita alami.  Biarpun tidak mampu membantu dalam bentuk wang ringgit atau lain-lain kesenangan duniawi, sahabat terbaik sebenarnya mampu mengubat sejuta rasa dan sentiasa bersedia membantu sama ada memberi kata semangat ataupun nasihat dan panduan.

Sahabat yang terbaik tidak akan mengambil kesempatan di atas sahabatnye tetapi akan terus memberi semangat untuk memajukan diri.  Walaupun sebenarnya dia berupaya mengambil kesempatan.

Nasib dan kisah setiap individu memang berbeza tetapi sahabat yang terbaik mampu memahami dan menyelami masalah sahabatnya itu.

Mungkin juga pernah ada perselisihan pendapat atau pandangan, bermasam muka atau tidak bertegur sapa tetapi itu sekadar rencah dan pemanis dalam dunia sahabat.

Sukar sebenarnya nak bercerita mengenai perasaan dan rasa yang tersimpan di lubuk hati semenjak sahabat yang terbaik tiada lagi berhampiran. 

Kita sebenarnya mampu menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat kita.  Kita juga sebenarnya sahabat yang terbaik buat semua orang.  Cuba memahami situasi sahabat dan usah sesekali menjual nama sahabat kita walaupun sesekali kita tidak sefahaman dengannya.

Bagi aye anda semua blogger yang sudi menjengok blog picisan ini adalah sahabat yang terbaik.

Semoga sahabat yang terbaik sentiasa berbahagia dengan setiap gerak langkah hidupnya dan dikurniakan kesejahteraan dan keberkatan dalam hidupnya.


4 ulasan:

  1. Kakpb rindu sgt sahabat baik kakpb masa kerja dulu. Walau masih berhubung, tapi tak dpt kongsi segala kepedihan spt dulu. Tambah pula bila ada keluarga sendiri, segala kisah peribadi perlu ditapis. Sahabat terbaik hanyalah Dia.
    Tapi kita perlu juga kwn utk curah rasa, kalau tidak, mau mengong jadinya..hehe.

    BalasPadam
  2. Mana hilang komen tadi eh?
    Sahabat baik kakpb hanyalah suami dan anak (td komen lain, malas nak tulis balik)

    BalasPadam
  3. betul, berselisih pendapat bukan bermakna bermusuhan, malah mungkin persahabatan yang amat rapat

    BalasPadam
  4. You must be missing her very much. Sahabat senang dicari, ttp Good friends yg memahami kita mmg very rare.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...