FOLLOWER

1 Mei 2013

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia




1 Mei 2013.  Hari Pekerja.  
Tema:  Pekerja Pemangkin Transformasi Negara

Bersempena dengan Hari Pekerja kali ini, aye ingin kongsikan cebisan artikel yang dipinjam dari Majalah Nur keluaran Mei 2011.  Ianya adalah berkaitan semangat di tempat kerja.

sumber

Tips Bersemangat di Tempat Kerja

1.  Ingat, kerja adalah ibadah.
Kita bekerja bukan sahaja untuk diri sendiri, keluarga dan organisasi tetapi yang lebih penting adalah kerana Allah.  Rezeki yang berkat itu datangnya daripada kerja yang dilakukan dengan ikhlas dan tekun.  Harus diingat bahawa kita yang mencari kerja itu dan tiada siapa memaksa kita memohon jawatan sesuatu jawatan itu.

2.  Kenal dan faham penyebab.
Semangat yang merudum pasti ada penyebabnya.  Ianya adalah mudah untuk diatasi sekiranya kita mengetahui sebabnya dengan jelas.  Mungkin juga kita boleh mengubah posisi meja atau ruang kerja.  Susunan meja dan atau ruang kerja yang kurang sesuai mungkin boleh menyebabkan timbunan kerja.  Cara yang terbaik adalah dengan mengemas dan menyusun atur semula kedudukan ruang kerja agar lebih lapang dan rasa lebih selesa.

3.  Susun keutamaan.
Adalah lebih baik kita mempunyau pelan kerja dan perancangan tersusun dengan mendahulukan kerja yang paling penting dikehendaki organisasi.  Menyiapkan kerja yang paling penting mampu meringankan beban dan mempengaruhi tindakan ke atas tugas-tugas berikutnya.

4.  Disiplin.
Menentukan dan mengenalpasti dateline sesuatu tugasan.  Pastikan deadline kita tidak bercanggah dengan ketetapan yang telah dibuat oleh organisasi.  Kesegeraan menyiapkan sesuatu tugasan akan dapat mengelakkan kerja daripada bertimbun atau 'hilang dalam perhatian'.

5.  Letakkan foto orang atau pemandangan yang kita suka.
Seringkali ketika melihat orang yang kita cintai atau pemandangan yang indah perasaan sedih dan tidak bersemangat akan pudar dan boleh diubah, kerana hal ini dapat merangsang semangat untuk bekerja dengan lebih tekun.


meja kerja di pejabat terdahulu

Sekian adanya.  Semoga tips di atas dapat memberikan manfaat dan sedikit sebanyak dapat memberikan semangat baru dalam meneruskan kerjaya untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.

Selamat Hari Pekerja dan Selamat Bercuti.

1 ulasan:

  1. selamat hari pekerja juga dari jaa... :)


    www.jaakechik.com

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...