FOLLOWER

14 Jun 2013

Belajar terima kenyataan hidup luar biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




1.  Dalam kehidupan seharian sama ada di tempat kerja atau di rumah kita pastinya mahukan yang terbaik untuk insan sekeliling kita termasuk juga untuk diri kita sendiri.

2.  Dalam memastikan semua orang mendapat yang terbaik, kita sendiri tidak lari dari hakikat bahawa setiap yang terbaik itu ada kalanya mudah untuk dilaksanakan.

3.  Dalam keadaan tertentu dengan mudah juga kita mencapai kejayaan  dan dalam keadaan itu sudah pasti kita rasa sungguh gembira dengan pencapaian kita.  Sehingga itu terdetik dalam hati bahawa diri ini mahu berehat seketika dari ruang kejayaan.  Mungkin kerana letih atau kerana hendak memberi peluang kepada orang lain pula untuk mencipta kejayaan.

4.  Dalam keadaan yang lain pula bila sesekali kita diuji dengan tohmahan dan kata nista, kita rasa bersalah sangat walaupun bukan salah kita.  Tohmahan itu sekadar menguji sejauh mana beraninya kita berhadapan dengan dunia luar sana yang penuh pancaroba dan pahit getir.

5.  Tanpa kita sedari sebenarnya dalam tempoh tertentu dan juga kerana tohmanan itu kita menjadi malas hendak mencipta kejayaan baru hanya kerana satu titik hitam yang tertumpah di dasar hati kita.  Apa titik hitam itu?  Negatif (-ve)

6.  Berpandangan negatif dengan pandangan orang lain.  Ya, memang perit untuk memberi gambaran positif (+ve) kiranya -ve itu lebih banyak bertamu dan berkeliaran dalam semak hati.

7.  Sesekali belajar terima kenyataan bahawa kita juga manusia biasa yang sedang berusaha untuk menjadi manusia yang luar biasa dengan cara kita sendiri.  Menjadi manusia luar biasa tidak susah tetapi yang susah adalah pemikiran -ve

8.  Tidak semua orang (mungkin perasaan kita sendiri) suka mendengar kejayaan kita atau semangat luar biasa yang ada pada kita.

9.  Belajar terima kenyataan dari awal bahawa setiap jalan kejayaan yang dilalui tidak semestinya mesti diharungi dengan kepayahan atau keperitan.

10.  Hargai semangat luar biasa yang ada pada diri sendiri... semoga kejayaan dan kecemerlangan adalah milik kita tanpa sedikit nilai -ve di sudut dasar hati.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...