FOLLOWER

30 Ogos 2013

Ujian Persefahaman dalam Persahabatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada baik, Beri baik, Dapat baik.  (Prof. Dr. Muhaya)


Catatan ini tidak bertujuan untuk mengulas mengenai ungkapan popular dari Prof. Dr. Muhaya iaitu Ada kebaikan beri kebaikan dapat kebaikan.

Kehidupan kita memang tidak lari dari ujian, dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ujian yang terbesar. Kadang-kadang ujian itu kita tidak perasan kerana ianya kecil, sedangkan ujian yang kecil itulah yang akan menjadikan kita orang yang matang ketika berhadapan dengan ujian yang besar.

Ketika catatan ini ditulis... hidung mula berair menjadi tanda bahawa selsema bakal tiba... dengan cepat segera sedar dan terus ambil scott emulsion (kan banyak vitamin c - baik untuk merawat selsema kan?). Bukan saja budak-budak, mak budak dan bapak budak pun boleh minum scott emulsion...


gambar hiasan

Kaitannya begini... apabila kita sedar kita sedang berhadapan dengan ujian (selsema) kita akan segera mencari remedi untuk merawat selsema tadi.  Tetapi alangkah ruginya kita apabila kita ditimpa sedikit ujian selain dari kesakitan... kita tidak perasan dan menjadikan kita leka atau alpa untuk 'merawat' ujian tadi.

Kisah yang hendak dikaitkan adalah begini.  Dalam sesuatu keadaan dan situasi kita akan bersemangat untuk melakukan dan melaksanakan arahan.... yang kadang-kadang bukan dalam bidang tugas kita pun tetapi atas dasar semangat kita menjadi teruja untuk mencipta dan melaksanakan tugasan itu.

gambar hiasan

Tiba-tiba dalam kita bersemangat untuk melakukan pekerjaan itu... datang pula sahabat yang tidak langsung memberi semangat serta tidak memperdulikan langsung apa yang kita sedang buat.  Yang bagusnya sahabat itu lebih rela mengkritik tanpa ada tanda hendak membetulkan apa yang 'salah' atau buat tidak endah terhadap usaha yang sedang kita lakukan.



Ada pula satu sisi yang lain seolah tidak mengambil berat terhadap apa yang sedang diusahakan.  Buat pun nak tak nak... dan seperti tidak ikhlas.  (Tetapi itu mungkin pandangan mata kasar sahaja... disebalik usahanya kita tidak tahu)

Situasi begini memang menyakitkan hati dan mencabar kesabaran dan mampu melemahkan semangat yang sedang berkobar-kobar.

Sebagai mengatasi rasa sakit hati... beralih lah kepada positif.  Tentu ada sebab dan hal tertentu yang menjadikan orang itu sukar memberikan kerjasama atas apa yang sedang kita laksanakan.

Boleh juga kita tafsirkan sebagai itu semua ujian dalam mengharungi dunia persahabatan.  Boleh saja kita buat tidak tahu atas yang berlaku... teruskan usaha dan kerja kita.

Semoga suatu masa bantuan akan tiba... paling tidak situasi itu akan berlalu dan biarkan saja ia pergi tanpa sedikitpun terguris pada hati.  Jadikan iktibar supaya kita tidak menjadi seperti itu... kerana kelak siapa juga akan melalui situasi sedemikian.

Yang berlalu biarkan berlalu... semoga persahabatan yang terjalin tidak terputus kerana perkara kecil yang kadang-kadang kita sendiripun sebenarnya tidak mahu ia berlaku pada kita dan pada orang lain juga.

Sekian adanya...Suka duka pentas dunia.






1 ulasan:

  1. tp kadang2 kebaikan kite di pijak2, just Sabar . dan berharap org itu bule berubah . =)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...