FOLLOWER

2 September 2013

Amalan sunnah untuk mereka yang tidak dapat menunaikan haji

As salam,



Ramai di antara kita bahkan boleh lah dikatakan semua yang beragama Islam ada hajat dan niat untuk menunaikan haji.  Itu pastinya impian yang terindah sekiranya tertunai dan terlaksana.

Namun tidak semua di antara kita berpeluang menunaikan haji dan hanya sebahagian besar dapat melaksanakan umrah dan ziarah.  Semua itu memerlukan kekuatan kewangan dan juga peribadi serta kehendak dan keinginan yang kuat.  Betul tak?

aye sendiri masih belum berpeluang, masih mengumpul dana untuk ke sana.  Insya Allah semoga terlaksana dengan baik.



gambar hiasan:  Masjid Nabi

Sementara itu bagi kita yang belum sempat dan tidak dapat pergi menunai haji, berikut adalah beberapa amalan sunnah untuk diamalkan.  Semoga membawa keberkatan.

1) Memperbanyakkan amalan soleh dan mengucapkan tasbih, tahlil, takbir dan tahmid. Dalilnya hadith riwayat Ahmad dengan sanad yang sahih bahawa Nabi bersabda:


مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ


Tiadalah satu hari yang lebih besar di sisi Allah dan tiada yang lebih dicintai pada-Nya untuk melakukan amalan soleh selain daripada sepuluh hari awal Zulhijjah, maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid"(tasbih pada lafaz riwayat lain). 




2) Berpuasa Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Dalilnya, Nabi bersabda dalam hadith riwayat Muslim :


سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Baginda ketika ditanya mengenai puasa Hari Arafah bersabda: "Ia menghapuskan dosa tahun lepas dan tahun akan datang "

 
3) Tidak bercukur segala rambut di badan dan memotong kuku bermula 1 Zulhijjah bagi mereka yang akan berkorban sampai tiba hari binatang disembelih. Dalilnya, Nabi bersabda dalam hadith riwayat Muslim: 

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِى الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّىَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Apabila kamu nampak anak bulan Zulhijjah dan di kalangan kamu ada yang hendak berkorban maka hendaklah dia menahan diri dari memotong rambutnya dan kukunya




Semoga bermanfaat dan selamat beramal


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...