FOLLOWER

1 Oktober 2013

Apa itu Leptospirosis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Duduk tak duduk nak buat cerita pasal Leptospirosis.  Memang saja nak cari pasal kan?

Aye memang lah... nak buat cerita tak kira musim dan masa.  Rasa-rasa nak bercerita pasal penyakit kencing tikus pulak... walaupun sekarang bukan dok heboh diperkatakan mengenai penyakit bawaan mamalia kecil yang suka tempat kotor.  Kotor la sangat kan?  Walaupun ada tikus yang tinggal di tempat bersih (konon-konon tikus bandar la kan) tetapi penyakit yang dibawa tetapi tidak dikecualikan.

Nak cerita banyak sangat tak berapa nak pandai... tapi kalau nak merapu meroyan... memang boleh sangat walaupun sesekali lebih suka tunggu dan lihat :P.

Berikut adalah salinan kenyataan yang telah diterima melalui e-mail.  Pernyataan berikut di buat oleh seorang Doktor yang boleh dipercayai.  Tetapi nama dan tempat dia bertugas tidak dapatlah dipamerkan disini... sekiranya ada permintaan boleh tanya kemudian :D  Sebelum tu baca dulu apa yang ditulis dibawah.



Selamat membaca

LEPTOSPIROSIS (PENYAKIT KENCING TIKUS)


Disebabkan oleh kuman bakteria genus leptospira yang berbentuk lingkaran (spiral shape). Bakteria ini boleh terdapat di dalam air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing,anjing, lembu, kambing, khinzir, kuda dan haiwan lain. Penyakit yang berbahaya - kadar kematian di antara 5 – 30%.  Mulai 9 Disember 2010, penyakit Leptospirosis adalah salah satu penyakit berjangkit yang perlu dilaporkan (Seksyen 10, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Faktor Risiko

  1. Pekerjaan yang terdedah kepada air/tanah yang tercemar dengan kencing dari haiwan yang dijangkiti seperti petani, penternak, doktor haiwan, pesawah dan anggota tentera.
  2. Melakukan aktiviti di kawasan rekreasi air yang tercemar dengan air kencing haiwan yang dijangkiti - seperti berenang, berkayak, berbasikal di denai
  3. Semasa banjir
  4. Terdedah kepada peralatan dan makanan yang dicemari oleh kencing haiwan yang dijangkiti

Cara jangkitan
  1. Sentuhan secara langsung dengan air/tanah yang dicemari oleh air kencing haiwan - melalui kulit, mata
  2. Tertelan air/makanan yang tercemar
  3. Minum/makan makanan yang tercemar dengan Leptospira
  4. Tidak berjangkit dari manusia ke manusia

Tempoh inkubasi

Tanda-tanda/gejala  penyakit akan muncul dalam masa 10 hari ( 2 - 30 hari).

Tanda dan Gejala

Tidak spesifik dan mempunyai pelbagai gejala.  Manifestasi klinikal terbahagi kepada 4 kategori :

  1. Gejala seperti Influenza-like illness (ILI) – demam, batuk tidak berkahak, sakit tekak, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi
  2. Weil’s Syndrome – jaundis (mata kuning), kegagalan buah pinggang, pendarahan, radang jantung (myocarditis) dan gangguan denyutan jantung (arrhythmias)
  3.  Jangkitan otak/selaput  otak (meningitis/meningoencephalitis)
  4. Paru-paru berdarah dan kegagalan pernafasan


 Pencegahan

1.  Sebelum Aktiviti Luar
  1. Tidak melakukan aktiviti pelajar di kawasan yang diistiharkan wabak dengan Leptospirosis
  2. Elakkan melakukan aktiviti pelajar di kawasan yang berisiko tinggi – air bertakung yang tenang
  3. Memastikan tempat rekreasi mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerien Kesihatan Malaysia seperti mempunyai pengurusan sampah/sisa makanan yang baik, mempunyai pagar, mempunyai tandas/bilik mandi yang mencukupi, ada aktiviti  kawalan tikus, mempunyai sumber air yang bersih/selamat
  4. Pelajar yang mempunyai luka-luka di kulit/masalah kulit tertentu dinasihatkan tidak terlibat dengan aktiviti yang berisiko

2.  Semasa Aktiviti Luar
  1. Tidak perlu melakukan aktiviti air seperti mandi/mengharungi air sungai/air terjun jika tiada keperluan yang mendesak utuk berbuat demikian.  Jika terpaksa melakukan aktiviti tersebut, arahkan pelajar mandi/membasuh anggota badan dengan  menggunakan air bersih dengan segera
  2. Minum air  yang telah dimasak dengan sempurna/air botol
  3. Makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna
  4. Buang sisa makanan ke dalam tong sampah yang bertutup
  5. Basuh tangan dengan sempurna selepas menyentuh barang kotor/tercemar, sebelum menyedia/memasak makanan, sebelum / selepas ke tandas
  6. Menutup luka-luka dikulit dengan waterproof dressing
  7. Memakai pakaian yang kalis air  seperti sarung tangan getah sebelum memegang benda-benda kotor dan juga boots getah

3.  Selepas Aktiviti Luar
  1. Menasihatkan pelajar supaya mengambil rawatan dengan segera jika demam/mengalami gejala/tanda-tanda penyakit Leptospirosis


 KES LEPTOSPIROSIS DI HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
DARI TAHUN 2004 HINGGA 2009

NO.
NEGERI
TAHUN
2004
2005
2006
2007
2008
2009
1.
Perak
29 (4)
71(4)
93 (9)
149 (3)
289 (16)
280 (19)
2.
Selangor
16 (5)
20 (3)
37
93
97 (2)
208 (7)
3.
Pahang
29 (1)
24
51 (3)
184 (3)
198 (7)
184 (5)
4.
Kelantan
15 (1)
38 (1)
17 (1)
81 (1)
180 (4)
138 (4)
5.
Terengganu
7 (1)
17
42 (1)
55 (3)
107 (4)
126 (9)
6.
Kedah
15 (1)
27
31
28 (1)
52 (2)
106 (9)
7.
N. Sembilan
27 (1)
41
24
49
59
91
8.
Sarawak
32 (2)
42 (2)
37 (3)
46 (1)
58 (5)
70 (4)
9.
Johor
30 (1)
29 (6)
31 (2)
115 (2)
87 (3)
59 (3)
10.
WP KL
31
20 (1)
27 (1)
31
45
54
11.
Sabah
13 (1)
12 (1)
19
41 (2)
34 (2)
35 (1)
12.
P.Pinang
9
25 (1)
28
37
25 (2)
32
13.
Melaka
7 (1)
9 (1)
79 (2)
32 (1)
25
20 (1)
14.
WP Putrajaya
1
1
7
3
1
14
15.
Perlis
2 (1)
2
4
5
6
1
16.
WP Labuan
0
0
0
0
0
0
TOTAL
236 (20)
378 (20)
527 (22)
949 (17)
1263 (47)
1418 (62)
(  ) Kematian
Sumber:  Report of Morbidity and Mortality for Patients For The Year 2004 to 2009, Health Management Information System, Medical Care Subsystem, Health Informatics Centre, Planning and Development Division, Ministry of Health, Malaysia

~~~~~

Sekian adanya.  Semoga dengan penerangan di atas dapat membantu kita ketika berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka serta dapat memberi kesedaran mengenai penyakit tersebut dan kepentingan mengambil langkah pencegahan terutamanya yang melibatkan aktiviti di luar.

Terima kasih.


2 ulasan:

  1. Memang setiap orang perlu peka dgn jangkitan ini...membawa maut!
    Ada fakta menyatakan tikus di KL lebih banyak dr penduduknya...mcmne tu...xtakut ke?

    BalasPadam
  2. to BM,
    kalau dah tikus lebih ramai dari manusia... kena panggil tukang tiup seruling nie... :D

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...