FOLLOWER

26 November 2013

Tidur juga akhirnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera







Dah puas pujuk rayu. Masuk buai keluar buai. Serba tak kena dibuatnya. Jenuh juga lah fikirkan apa yang tak kena.

Dah dukung masih lagi merengek. Bak kata orang tua-tua "dah habis ikhtiar" masih lagi meragam.

Entahlah... agaknya umi ni lambat sangat nak faham nak bertindak apatah lagi.

Agak-agak akhirnya terbuka pintu hati nak bagi ubat demam... kan badannya dedor... panas yang tak berapa...

Memang itu kehendak dia, apakan daya nak cakap tak pandai bagi bahasa badan pun orang lambat nak faham...

Sejurus disuapkan ubat... basahkan sikit kepala...masukkan dalam buai tak sampai 5 minit dah lelap..

Barulah Abid tidur lena...dapatlah umi sambung blogging... :D

*p/s sambung cerita mlm tadi :P

Suka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...