FOLLOWER

12 Disember 2013

Contest SEO Eridy | Jangan Pernah Memikirkannya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sebalang gula-gula buat pemanis kata sebagai permulaan bicara kosong yang hambar.



gambar ini dicedok dari kad jemputan kahwin seorang doktor.  Aye tak dapat hadir ke majlisnya.  Jadi diabadikan potret ini kanvas desktop. Cantik!!!


Kali ini nak buat pengenalan dengan sedikit kelainan memandangkan blog ini telah tersenarai dalam senarai peserta Contest SEO Eridy.... perasan bangga kejap.  Macam tak percaya pula.  Tetapi percayalah bahawa blog memang tersenarai sebagai peserta okey.. belum lagi pemenang atau top ten.

Mungkin juga kerana Contest SEO Eridy... maka Page Rank blog ini meningkat?  Tiada siapa yang tahu.  yang pasti usaha menghasilkan entry setiap hari kadang-kadang gagal kerana terlalu mementingkan kerjaya dan masa dengan anak-anak... heheheh ayat memang tak boleh blahhh.

Apa yang dimerapukan tak tahu lah... sebenarnya hati ini ketika ini terasa sangat sayu dan keliru sangat-sangat-sangat.

Keliru sangat... sebab adakah kerana pernah memikirkan perkara itu akan berlaku
atau kerana adakah kerana itu suratan... semuanya adalah takdirnya.

Walaupun begitu masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.  
Kerana khabar angin tidak mungkin benar.
Sedangkan sejarah boleh berubah.
Inikan pula andaian.

Untuk tidak menjadi lebih banyak soal... baru dapat tahu secara verbal bahawa aye telah dicalonkan ke satu tempat baru bagi menggantikan seseorang.  Rasa sebal sangat-sangat.  Kerana keupayaan yang terhad dan perasaan yang sangat berat.

Doakan yang terbaik buat kami semua.  
Semoga tiada hati yang terluka
Semoga dipermudahkan urusan
Walaupun urusan dunia
Berkatnya membawa ke akhirat.

Rasanya tidak salah untuk memikirkannya
Berfikir menjadikan kita bersedia
Bersedia dengan sebarang kemungkinan
Walaupun pada hakikatnya tidak disukai
Tetapi hikmah yang tersembunyi tiada siapa yang tahu



suka duka pentas dunia.



3 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...