FOLLOWER

3 Januari 2013

Menjelang Hari Ulang Tahun Ke-2

As salam,


Gelagat Inas Insyirah menjelang hari ulang tahun kelahirannya yang ke-2.  Sejak kebelakangan ini agak sukar mendapatkan pose yang menarik dari Inas.  Ajak bergambar pun tak berapa suka.  Ikut mood dia jer ...

Tengoklah hasilnya... bila dipanggil bergambar...


Tengoklah bila dipanggil buat tak tau jer.. tak nak toleh sini pun...



 Tengoklah tu... pergi ke dapur ambil tudung saji bawa keluar ke depan.  Memang betul lah Puteri Saji.  



 Dah tu... datang dekat sini... tutup muka pulak. Kononnya senyum lah tu... 



 Dah dapat botol susu... baik jer landing kat atas bantal 'pooh' bantal kesukaannya.  Jangan ada sesiapa berani kacau dijeritnya satu kampung bergegar...



 Tu dia... baru nak tengok.. sini... Happy birthday to you... nanti kita cari kek yerk...

Bersama salah satu daripada baju kesukaannya.  Gambar ini ditangkap pada hujung tahun lepas tidaklah lama sangat tetapi masa ni memang Inas ada mood untuk bergambar.


Jenuhlah hai... umi bersengkang mata nak buat entry ni.  Mana nak berkepit dengan Abid lagi... nak layan kerenah Alif lagi yang tak nak tidur lagi walaupun dah lewat malam.


Sehingga sini lah dulu... baby Abid dah mula merengek ni... nak mengarang pun idea dah kedaung ntah ke mana.

^-^

Paling Sempurna

As salam,



warna-warni impian 2013



Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya

(HR Tirmidzi)

Jadual Waktu Kelas 1 Bestari 2013

As salam,


Jadual Kelas 1 Bestari 2013

Ini adalah jadual kelas Alif, tahun 1 Bestari bagi tahun 2013. 

Setelah dibuat sedikit semakan dan ulangkaji (macam umi pula yang belajar... hehehe) terdapat 13 subjek yang perlu diikuti oleh pelajar tahun satu ini iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, BacaanYassin, Matematik, Muzik, Perhimpunan, Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni dan Sains.

Kesemua subjek berkenaan membawa kepada 47 jam bagi pengajian untuk satu minggu dan diajar oleh seramai 10 orang guru.

Sesi pembelajaran bermula dari jam 7.40 pagi hingga 1.10 tengahari bagi hari Isnin hingga Rabu, 7.40 pagi hingga 12.40 tengahari hari Khamis dan pada hari Jumaat tamat pada jam 12.10 tengahari.

Secara purata untuk satu hari Muhammad Alif akan berada di sekolah sekitar 6 jam termasuk waktu perjalanan pergi ke sekolah dan balik ke rumah.  Agak lama juga tetapi itulah yang harus diharungi dalam berhadapan dengan arus kedewasaan.

Teruja sungguh dapat tengok dan pegang jadual ni, seolahnya memori silam kembali menggamit ingatan yang tak pernah pudar.  Sayangnya aye tak ingat masa darjah satu dulu ada jadual macam ke tidak... rasanya bawa semua buku kot... oh... masa silamku kian pudar...

"suka duka pentas dunia"


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...