FOLLOWER

5 Januari 2013

Tambah Trafik Tambah Follower 2013

As salam,


Kalau tak silap dan memang tak silap lah kan... ini adalah segmen pertama aye sertai untuk tahun 2013. Bukan tiada segmen yang dijumpai tetapi mood berbloging dan bersegmen kadang-kadang kedaung ... tak menentu atau malas lah nak fikir panjang-panjang.

Tanpa celoteh lebih panjang terus kepada segmen ini.  Blog yangbaik merupakan blog kisah kehidupan manusia sejagat termasuk sebahagiannya catatan kisah keluarga, kerjaya, pengalaman, puisi dan perkongsian tazkirah serta mutiara kata. 

Blog ini diwujudkan pada asalnya adalah untuk mengisi minat dalam bidang penulisan berkaitan kehidupan berkeluarga dan berkerjaya seorang wanita bergelar isteri, ibu dan anak kepada 4 orang cahaya mata.  Namun begitu setelah beberapa lama berbloging mula timbul minat dan hasrat untuk menambah pendapatan sampingan secara online iaitu melalui blog.  Ini adalah kerana setelah mula mengenali beberapa blogger tegar dan hebat seperti blogger ini dan blogger ini serta blogger ini yang kini menjadi blogger sepenuh masa a.k.a. Mister Mama. 

Dan kini menjadikan blog www.hasrulhassan.com sebagai blog pendidikan buat blogger memandangkan blog ini menampilkan cerita yang berinformasi untuk semua.

Ingin memeriahkan segmen Tambah Trafik Tambah Follower sebagai usaha untuk perkenalkan blog yangbaik kepada rakan blogger lain dan dunia blog Malaysia. Walaupun blog ini sudah wujud agak lama tetapi kurang dikenali ramai.  Maklumlah blog mak-mak yang tak berapa nak popular seperti blog Mak Dara atau Mak Merah blog yang sentiasa meriah dan penuh dengan informasi juga.


Kepada anda yang mempunyai hasrat seperti aye, jom turut serta memeriahkan segmen ini yang dijangka akan berakhir pada 9 Januari 2012.

Untuk sertai sila klik SINI.  Anda pasti tidak rugi.

'suka duka pentas dunia'

Bukan Kerana Tiada Rupa

As salam,


tak nampak rupa pulak! 

Hari ini tidak berhasrat nak menulis mengenai kecantikan wajah atau kebersihan hati.  Memang tiada bakat pun dalam menulis mengenai kecantikan atau kebersihan.  Tetapi hasrat untuk menjadi cantik dan bersih itu tetap ada.  Mestilah ada weh... cita-cita  tu penting.  Semua orang pun nak kelihatan cantik.  Sampai ada yang sanggup bergolok bergadai untuk mendapatkan kecantikan yang diidamkan.

Apa pun yang kita lakukan tak kiralah nak cantik tu satu hal tetapi kebersihan hati itu satu hal yang lain pula.  Semua orang mampu kelihatan cantik dengan kemajuan sains dan teknlogi dalam bidang kecantikan wajah atau badan.  Banyak juga longgokan alat kecantikan wajah serta ubat-ubatan untuk mencantikkan wajah.  Penting sekali untuk membuat pilihan yang bijak dengan bertanya pada yang pakar atau pengalaman orang yang pernah menggunakannya.  Tidak semua ramuan kecantikan yang ada di pasaran itu sesuai dengan antibodi atau hormon kita.  Sedangkan jenis darah lagikan berbeza. Inikan pula sumber kecantikan dalaman dan luaran, pastilah berbeza. 

Tetapi kebersihan hati jangan sampai terabai pula.  Penting juga untuk jaga kebersihan hati.  Bilamana terlekat saja satu titik hitam di hati cepat-cepatlah bersihkan dengan Istighfar atau paling tidak dengar ceramah agama bagi memulihkan semula semangat hati dan kekuatan hati.

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu". (HR Muslim)

Apa yang nak ditulis telahpun ditulis, tinggal lagi ada ke tidak orang yang nak baca. ^-^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...