FOLLOWER

29 Januari 2013

Awak! Tawaran itu bukan kehendak saya

As salam,


wallpaper hiasan |  helaian air mata? 

Awak!
Sudah lama saya dimomokkan mengenai tawaran itu
Sebelum itu ia sekadar gurauan 
bukan berbentuk tawaran tetapi gurauan yang serius barangkali
oleh rakan-rakan yang sekadar menguji atau memang mereka bersungguh-sungguh tetapi tidak sepenuh hati
tawaran itu ditolak dengan gurauan juga

Awak!
Baru-baru ini saya ditawarkan lagi
kelihatannya seperti serius 
walaupun begitu ia mungkin tidak rasmi
sebab itu saya tidak bersungguh-sungguh menelitinya
walaupun begitu ia tetap mendatangkan kebimbangan dan kerisauan
hanya segelintir saja yang tahu mengenai tawaran itu

Awak!
Pada dasarnya saya hanya menceritakan tawaran itu kepada 3 atau 4 orang sahaja
yang saya rasakan boleh menyimpan rahsia ini 
atau boleh berfikir dengan waras mengenai keseriusan tawaran ini
namun sesekali terdengar juga gurauan mesra 
dari orang yang saya maklumkan mengenai tawaran tidak rasmi itu
saya pasti mereka tidak berminat untuk mengetahuinya
kerana saya yakin mereka tahu siapa saya 
dan apalah yang saya ada untuk dapat dan terima tawaran seumpama itu


wallpaper | kesilapan yang tersirat

Awak!
Bukan niat saya tidak menceritakan tawaran itu kepada awak
sebenarnya saya buat keputusan untuk tidak menceritakan kepada awak
kerana saya tahu awak pasti tidak suka dengan tawaran itu
dan saya juga sebenarnya tidaklah suka sangat dengan tawaran itu

Awak!
Bila saya rasa saya perlu ceritakan kepada awak
mengenai tawaran itu
awak selalu tiada
saya fahami kesibukan awak
dan kesibukan saya juga
atau mungkin juga semasa ada peluang
saya terlupa membincangkan tawaran itu dengan awak
kerana sebenarnya saya tidak berapa suka dengan tawaran itu

Awak!
Walaupun ia satu tawaran yang mungkin ditunggu oleh banyak orang
tetapi saya yakin dan pasti tidak semua orang sanggup menerima tawaran itu
termasuk juga saya
bagi saya tawaran itu terlalu besar bagi saya insan kerdil 
saya juga masih lagi mentah 
umpama setahun jagung
masih lagi hingusan dalam bidang ini

Awak!
Kini tawaran itu datang lagi 
dan ianya seperti serius sangat
saya memang tidak sanggup
tetapi entah mengapa saya terkedu
tawaran itu datang saat saya sedang keliru

sumber gambar tidak diketahui

Awak!
Tawaran itu memang menarik tetapi datangnya bersama provokasi
walaupun menarik saya tahu banyak durinya
lalu saya terfikir untuk menolak terus 
tetapi saya faham kedudukan saya
umpama mentimun
ditolak tergolek tak tolak pun tergolek (betul ker ni?)

Awak!
Mungkin juga kesilapan saya ketika berbicara
maka keputusan saya itu telah disalah tafsir

Awak!
Memang bukan itu keputusan saya sebenarnya
saya faham kedudukan saya
saya harus menolaknya dengan cara yang baik
dalam masa yang sama saya harus jaga kedudukan saya
saya sedar kedudukan saya bukanlah tinggi mana pun
saya sedar kepandaian saya tidaklah hebat mana
saya sedar kebolehan saya hanya sekadarnya

Awak! 
Saya masih sedar siapa diri saya
saya tidak mahu kepercayaan itu diabaikan 
tetapi saya juga harus jaga maruah diri saya

Awak!
Awak mesti bantu saya membuat keputusan
dan sewajibnya awak tolonglah saya 
pastikan tawaran itu ditarik balik

Awak!
Ketahuilah tawaran itu sebenarnya menyesakkan nafas
dan mungkin juga mampu mencalar kebahagiaan semasa

tetapi sekiranya itulah hakikat yang harus saya terima 
maka saya akan terimanya
melainkan saya diberi pilihan untuk menolaknya atau menangguhnya
dan meneruskan kehidupan saya sekarang dengan lebih aman 
dan menambahbaik prestasi sekarang
seterusnya melaksanakan perancangan
tanpa sebarang halangan

Awak!
Akhirnya saya sedar catatan ini terlalu panjang berjela
namun untuk menceritakan segalanya yang terbuku di hati dalam satu baris amat sukar


'suka duka pentas dunia'

(^-^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...