FOLLOWER

3 Februari 2013

Segmen Blogger i2 Sahabat ku

As salam,


Segmen Blogger i2 Sahabat ku

Segmen menarik untuk menambah kenalan di alam maya.  Walaupun tidak pernah bersua tetapi dapat berbual secara online dan bertukar-tukar pendapat melalui blog pun baik juga untuk menambah motivasi dan menguatkan semangat yang kadang-kadang hampir luntur.

Segmen Bloger i2 Sahabat ku dianjurkan oleh blogger ceritarahmad.

Berikut adalah cara untuk menyertai segmen ini:

  1. Buat 1 entri tajuk “Segmen Blogger i2 Sahabat ku”
  2. Tempek gambar tu kat entri korang
  3. Linkkan ke entri ini (http://ceriterahmad.blogspot.com/2013/01/segmen-blogger-i2-sahabat-ku.html)
  4. Folow blog buruk ni (http://ceriterahmad.blogspot.com). Tak follow pun takpe dia tak paksa..
  5. Link kan entri korang kat ruangan komen (http://ceriterahmad.blogspot.com/2013/01/segmen-blogger-i2-sahabat-ku.html). Mudah bukan.. 
  6. Jom join tarikh tutup penyertaan 28 Feb 2013..
Kelebihan Join Segmen ni:
  1. Siapa yang join secara automatic masuk dalam bloglist sepanjang tahun 2013
  2. Trafik blog akan meningkat
  3. Follower semakin bertambah
  4. Kenalan blogger semakin ramai
  5. Perkongsian antara blogger dengan blogger


J
J

Anda tidak mengetahuinya

As salam,


gambar hiasan



Jangan pula Anda merasa aman dari bahaya dosa-dosa yang Anda lakukan, karena sesungguhnya Anda tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa Anda tersebut atau tidak.
(Hasan Al Bashri)

.

Analisa blog bulan Januari 2013

As salam,



Tidak terlewat rasanya nak keluarkan analisa bulan Januari 2013 bagi blog yangbaik walaupun hari ini telah masuk 3 Februari 2013.  Sebahagian daripada azam dan tekad untuk blog yangbaik juga untuk mengeluarkan analisa secara konsisten setiap bulan.  Pada tahun-tahun yang lepas pernah mengeluarkan analisa bulanan tetapi tidak konsisten dan ada juga yang terus terhenti tanpa noktah.

statistik pengunjung | Unik dan tidak unik

Analisa dan Statistik pada kali ini aye gunakan dari nuffnang.  Pada bulan Januari 2013, terdapat 5,939 pengunjung berbanding 3,831 sahaja pengunjung unik.  Agak jauh juga perbezaannya namun satu peningkatan buat blog yangbaik.

statistik pengunjung mengikut negara

Sungguh benar kebanyakan pengunjung ke blog yangbaik adalah dari Malaysia diikuti US, Indonesi dan Singapura.  Lain-lain negara luar kebanyakan aye merasakan pengunjung yang membawa SPAM ke blog jika dirujuk kepada komen yang diberi dan boleh dikatakan semuanya telah dipadam kerana pengunjung meninggalkan pesan tanpa nama.


statistik katakunci

Jika diperhatikan katakunci utama adalah 'nelydia senrose'.  Pada pengamatan aye timbulnya kembali pencarian 'nelydia senrose' adalah berkaitan dengan drama 'Setia Hingga Hujung Nyawa' lakonan Nik Nelydia.  Diikuti pula dengan 'maulidur rasul', berikutan bulan Rabiul Awal jatuh pada bulan Januari.  Pada hemat aye, katakunci yang disiarkan adalah 10 yang teratas.  Walaupun begitu banyak lagi katakunci yang singgah pada bulan Januari.  Tetapi tidak dapat disiarkan atau digambarkan disini.

statistik pautan link
Masih lagi 10 yang teratas, aye pasti banyak lagi pautan link blog yang singgah di blog yangbaik.  Tetapi hanya pautan dari blog hasrulhassan.com yang timbul.  Mungkin juga kerana blog yangbaik tersenarai dalam segmen 'tambah trafik tambah follower'.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang sempat singgah atau tersinggah secara tidak sengaja di blog ini.  Dan jika sudi tinggalkan lah jejak atau komen anda mengenai catatan yang dilakarkan di sini.  Sungguh aye masih belum berkesempatan nak singgah ke semua blog rakan blogger yang telah meninggalkan jejak atau komen kerana ada sebahagiannya meninggalkan 'jejak' tidak bertapak.

Suka duka pentas dunia.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...