FOLLOWER

11 Februari 2013

Corak | Merah tanda berani

As salam,


Hari ini bersempena dengan tahun baru Cina yang masih lagi hangat dan meriahnya, aye siarkan gambar corak atau design dari koleksi peribadi bertemakan merah.  

Corak-corak yang simple dan ringkas ini adalah hasil kerja tangan aye sepenuhnya direka ketika sedang sibuk dan kalut dengan anak-anak maklumlah cuti sekolah.  


kipas kebahagiaan

kemboja lapan

intan merah delima

merah kemboja

bintang merah lapan

bulatan keemasan

Nama bagi setiap corak tu saja la nak letak macam-macam ikut tema merah.


suka duka pentas dunia

.

Jangan makan tangan kiri

As salam,


Hairan? atau pernah jumpa orang makan tangan kiri?

Jangan salah faham dengan tajuk di atas.  Mana ada orang makan tangan sendiri.  Eh eh macam nak buat lawak basi takpun macam lawak bodoh pulak.

Macam ni lah... bila makan disunatkan bahkan diwajibkan menggunakan tangan kanan dan seboleh-bolehnya elakkan makan dan minum dengan tangan kiri.

Contohnya beginilah, bila kita makan dengan tangan kanan tiba-tiba nak minum sebab dahaga atau pedas atau apa saja alasan yang boleh diterima.  Macam mana nak pegang gelas dengan tangan kanan kalau tangan kanan kita dah ada kesan makanan nanti comot pula gelas kita melainkan kita makan dengan sudu atau garfu menggunakan tangan kanan.

Sudah tentu kita perlu gunakan tangan kiri untuk memegang gelas kan? Dengan itu, gunalah tangan kiri untuk pegang gelas dan diampu dengan belakang tangan kanan.  Sebagai isyarat kita gunakan tangan kanan juga.


gambar hiasan

Janganlah kalian makan dengan tangan kiri sebab setan itu makan dengan tangan kiri.
(HR Muslim)

So... sendiri mau ingatlah ...

suka duka pentas dunia

Perlunya berhati-hati dalam perbualan dan tulisan

As salam,


Setiap detik dalam kehidupan pasti ada berlakunya kesilapan.

Mungkin juga dalam sedar atau tidak sedar kita terbuat silap.  Silap dalam membuat pemilihan, penilaian atau pemahaman.

Untuk meminimakan kesilapan atau paling penting kesilapan sifar, ada baiknya sentiasa berhati-hati dalam berfikir dan bertindak agar tidak mendatangkan kesan yang negatif dalam kehidupan kita.


corak hiasan


Hati-hatilah kalian dengan perkataan yang dusta, karena perkataan yang dusta akan menuntun pelakunya kepada perbuatan fajir. Dan sesungguhnya perbuatan yang fajir akan menuntun pelakuya kepada api neraka.
(HR Muslim)


suka duka pentas dunia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...