FOLLOWER

14 Mei 2013

Mampukah kita bersangka baik kepada spammer ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...




Mampukah kita bersangka baik kepada spammer?
Mengapa kita mesti bersangka baik kepada spammer?
Bagaimana hendak bersangka baik kepada spammer?

Di atas adalah antara beberapa persoalan yang sering bermain di kotak fikiran blogger picisan cap ayam.  Spammer seringkali dikaitkan dengan virus yang merebak melalui laman web atau e-mail.  Virus itu pula mampu mendatangkan kemusnahan kepada sistem komputer atau sekarang ni termasuk juga laptop, notebook dan barangkali 'handphone' juga.

Perkataan spam pada asalnya bukanlah bahasa Melayu tetapi telah dimelayukan dengan membawa maksudnya sekali.

Kenapa pula tiba-tiba buat catatan berkaitan spammer?  Entahlah secara tiba-tiba terkeluar idea untuk membuat catatan mengenai spammer ini setelah ruang komen pada blog diserang oleh spammer.  Pembaca blog ini tidak akan melihatnya kerana tetapan bagi komen telah disederhanakan.  Bermaksud hanya setelah pemilik blog ini melepaskan barulah komen itu keluar sebaliknya jika dipadam atau dibakulsampahkan... sudah tentu ia tidak kelihatan.

Sesekali ayat spammer ini sungguh menarik dan membuatkan aye rasa teruja dan perasan sendiri.  Maklumlah ayat-ayat yang dikeluarkan pertama kali memuji catatan kita kononnya hebat dan bagus sangat.  Sampaikan entry merapu pun dikatakan hebat, pujiannya setinggi langit.  Macam lah kita tak kenal blog kita...

Aye tak tahulah dengan penyiaran catatan ini dan gambar di atas itu kelak boleh mendatangkan kemarahan kepada spammer atau mendatangkan kesan yang buruk kepada blog ini.  Mudah-mudahan tidaklah.  Blog picisan cap ayam inilah satu-satunya tempat luahan seribu rasa yang terpendam, tempah coretan peribadi dan keluarga.  Kalau diserang ... habislah.

Wahai spammer... jadilah manusia berhemah dan berbudi luhur tak perlu diganggu gugat blog orang lain hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Sekian adanya.  Selamat berbloging.

Majulah blog untuk negara!

Port Dickson Aku Datang (Siri 1)

As salam
Port Dickson bukanlah satu nama yang asing bagi kita rakyat Malaysia, walaupun mungkin sebahagian darinya tidak pernah menjejakkan kaki ke situ paling tidak pernah mendengar namanya yang gah dengan kawasan pelancongan dan peranginan di Negeri Sembilan Darul Khusus. 



Bagi aye pula suatu masa dulu pernah ke situ untuk menghadiri program ISO anjuran Pejabat Pendaftar, UiTM Shah Alam. Peristiwa itu sudah terlalu lama dan hampir 10 tahun atau lebih. Dan kini memori itu menggamit semula dengan program yang lain pula iaitu program Team Building.



Seperti yang diceritakan pada catatan terdahulu di sini, sebelum ke Port Dickson bermacam-macam andaian dan telahan dibuat termasuk juga 'hasutan' dan usikan negatif yang seperti tidak memberi sokongan untuk pergi. Tetapi itu semua adalah mainan emosi negatif mereka yang tidak ingin melihat kesenangan atau usaha orang lain berjaya.

 
Jadual Program Team Building 

Tidak mudah sebenarnya untuk menjadikan sesuatu program itu berjaya. Bermula dengan pemilihan tarikh, lokasi, bajet, permohonan kelulusan, kehadiran termasuk juga pemilihan penganjur atau konsultan. 
Tetapi masih ada manusia yang tidak menghargai usaha orang lain sebaliknya memberi komen negatif walaupun tidak setitik peluhnya diminta untuk memulakan proses permohonan program itu dibuat. 


Buta saja ... tak pasal-pasal bagi ceramah percuma pula kat sini... kan. Baiklah kita cari positif di sebalik setiap kutukannya. Semoga dia dikurniakan kesedaran.


Belum habis cerita permohonan program disambung pula dengan persiapan peserta untuk menghadiri program. Seperti biasa rakan taulan banyak membantu memberi pandangan dan pendapat mengenai keperluan program seperti menyediakan senarai semak pakaian dan keperluan peribadi, jajan sepanjang program sehingga pemilihan 'room-mate'. Perbincangan seperti ini memang bagus untuk memupuk semangat setiakawan di alam dunia pekerjaan.


Kita sebenarnya dan sungguh tidak mampu hidup bersendirian dalam dunia kita sendiri walaupun kita itu seperti kera sumbang. Dalam kesibukan tugas yang tidak berhenti bantuan rakan-rakan dalam perkara ini amat membantu, paling tidak kita dapat juga tempias dan maklumat tambahan. 

Dalam bas sebelum bertolak.  Mencari sudut
yang sesuai dan selesa.

Bila tiba hari kejadian, suatu saat yang dinantikan iaitu pada 10 Mei 2013, hari Jumaat. Antara hari-hari yang mendebarkan yang terpaksa dilalui dengan ceria dan gembira.


Memang tidak disangka dan rasa seperti tidak percaya pula dalam usia sebegini masih ada peluang keluar bersama rakan-rakan setugas yang sebilangan besar masih muda belia. ... Tiba-tiba terasa adakah aku sudah terlalu tua... oh tidak!!!!!


Sebelum berangkat seperti biasalah amanat kepada anak-anak mesti ditinggalkan agar mereka sentiasa ingat mereka sentiasa dalam ingatan umi walaupun jauh di mata. 


Nasihat kepada anak-anak juga penting agar mereka tidak rasa dengan sengaja ditinggalkan sebaliknya ditinggalkan kerana tugas.


Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke Port Dickson atau lebih tepat Nube Training Centre, Teluk Kemang, banyak kenangan dan pemandangan indah.


Singgah sebentar di RnR Tapah, untuk mengalas perut di waktu pagi yang sudah mulai kosong atau mungkin juga sebahagiannya masih lagi kosong.

 
Tempat perhentian rehat pertama, R n R Tapah 

 
Di antara tarikan utama terutama kepada kanak-kanak, 
selain daripada Jambu batu tanpa biji dan jambu air merah
serta lemang, serunding dan banyak lagi 


 
antara sahabat terbaik yang sentiasa bersama menemani 



Banyak juga kenangan yang indah-indah namun tidak semua dapat digambarkan di sini kerana kesuntukan masa termasuk juga ruang yang terhad. 



Mungkin juga kenangan-kenangan itu akan diabadikan pada siri-siri yang akan datang, kerana masih banyak lagi ruang kosong yang masih belum diisi.



Masih banyak cerita yang hendak dikongsikan sepanjang program team building di Teluk Kemang, Port Dickson.



Sehingga itu...Port Dickson sekali lagi aku datang!



Pada usia 7 bulan

As salam,


aksi akrobatik yang skema

Bulan lepas, pada tarikh 15 April 2013 genap sudah umur Muhammad Abid 6 bulan 1 hari.  Di usia 6 bulan Abid sudah berikan banyak perkembangan menarik dan sudah pandai buat ragam.  Gambar di atas adalah salah satu daripada aksi Abid di usia antara 4 - 5 bulan.

Muhammad Abid dan Kakaknya Irdina Huda

Dan hari ini 14 Mei 2013, genap 7 bulan usia Muhammad Abid, sudah kurang aktiviti akrobatik dilakukan... lega!!! Sebaliknya lebih kepada merengek dan tidak mahu dilepaskan.  Letak sekejap dah berbunyi... nak buat kerja apa semua kena gendong (bawa) dia.

Banyak sebenarnya nak cerita mengenai aktiviti Abid, tetapi tertangguh buat sementara waktu.  Nanti bila-bila lapang umi buat cerita baru.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...