FOLLOWER

30 Mei 2013

Merengek dan menangis seperti anak kecil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Jadilah Anda (di hadapan Allah) seperti seorang anak kecil di hadapan orang tuanya yang apabila ia menginginkan sesuatu dari mereka akan tetapi mereka tidak mengabulkan keinginannya maka ia akan merengek dan menangis di hadapan keduanya. 
Demikian pulalah sebaiknya keadaan Anda di hadapan Allah, apabila Anda telah memohon sesuatu kepada-Nya dan Allah belum juga mengabulkan permohonan Anda, maka bersimpuhlah dan menangislah dihadapan-Nya!
(as-Sirri as-Saqthi)

Semoga Segera Sembuh

Assalamualaikum


Minggu ini sekali lagi berulang ke Hospital Seri Manjung.
Bahkan hampir empat bulan asyik berulang ke Hospital Seri Manjung.
Keadaan kesihatan kita memang tidak menentu terutama bonda yang sudah berusia emas.
Hanya takdir yang menentukan segalanya.  Kejutan ini sungguh memberi kesan yang amat mendalam.


Buat bonda tersayang... semoga segera sembuh.

Mungkin juga bermula sejak 7 bulan lepas jarak dari Seri Iskandar ke Seri Manjung yang memakan masa perjalanan biasa 1 jam sudah dirasakan dekat.
Tidak dengan niat hendak menyalahkan takdir tetapi itulah hakikat yang wajib diterima.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...