FOLLOWER

3 Jun 2013

Tak sangka dan tak sanggup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada ketika sesuatu yang kita tidak jangka sebenarnya telah berlaku
Sebenarnya tidak terlintas langsung dalam akal fikiran yang dangkal ini bahawa sesuatu kejadian itu telah berlaku
Tanpa kita sedari sebenarnya kejadian itu turut mempengaruhi pendirian kita
Turut juga mempengaruhi pemikiran kita
Juga mempengaruhi pandangan kita

Ambil positif
mungkin ada sesuatu yang tersembunyi yang kita tidak ketahui
kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahNya

Bagaimana ia berlaku
Mengapa ia berlaku
mengapa harus terjadi
Sejauh mana kebenarannya kejadian itu

Hanya mereka saja yang tahu
Kita ... teruskan hidup seperti biasa
walaupun agak sukar untuk terima hakikat itu
kerana kita langsung tidak mahu percaya
kerana kita tidak percaya bahawa ia telah berlaku

Sungguh benar
akal kita ini terhad
pengetahuan kita juga terhad
daya pemikiran kita juga terhad

Justeru anggaplah apa yang terjadi itu bukan dengan sengaja
bukan atas kehendaknya
tetapi itulah.... yang telah berlaku

Bermonolog sendirian lagi... entah mengapa hati ini sukar menerima hakikat itu
enggan menerima berita itu
biarpun tidak sepahit hempedu
tidak juga sepahit jaddam
tidak perlu dipertikaikan
apa yang telah berlalu....

dalam mood terkejut... kaget... dan juga sedikti keliru...
mood itu mengganggu ketenteraman dan keamanan hati ini

..... Tuhan ku songsong masa silamku...

Moga kelam tabir hayat tersingkap sopan

.... tersentap seketika...

terasa diri terawang-awang
tidak sanggup mencecah kaki ke lantai bumi...
mengapa?????

Hari Isnin yang puteh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


hari Isnin yang puteh
Isnin datang lagi dan akan terus datang.
Pakai baju warna apa hari ni?
Pakailah yang putih.... ikut tema hari Isnin
Semoga ceria-ceria selalu.

Tingkatkan prestasi - kurangkan kontroversi - hiasi peribadi 



Biarlah rahsia dalam hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


"ada apa dengan hati"

Tidaklah seorang hamba merahasiakan sesuatu dalam hatinya, melainkan Allah Subhaanahu wata'ala akan menampakannya melalui ucapan lisannya.

(Imam Abu al-'Izz al-Hanafi)

~~~~~~~~~~~~
Biarlah rahsia itu terus bersemadi dalam hati
Andai kau rakan yang setia simpan ia baik-baik
Rahsia ini hanya antara kita
Tidak perlu dikhabarkan
apatah lagi dihebohkan seisi dunia

*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...