FOLLOWER

10 Julai 2013

Pengalaman hari pertama Ramadhan 1434

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


sumber gambar

Pengalaman hari pertama Ramadhan 1434 bersamaam 10 Julai 2013.

Seperti biasa persiapan menjelang Ramadhan tidak lari dengan penyediaan keperluan untuk bersahur dan berbuka.  Tidak kurang juga persediaan mental dan fizikal untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan sempurna seperti mentelaah semula buku-buku berkaitan doa dan amalan di bulan Ramadhan terutama Solat Tarawih.

Hari pertama, apa yang boleh digambarkan adalah kita merancang tetapi Tuhan yang menentukan.  Menjelang waktu sahur ibu mula sesak nafas dan terpaksa dikejarkan ke Hospital.  Berbekalkan kurma dan air mineral untuk bersahur dalam kereta sementara sampai ke hospital.   Sebaik sampai di hospital lebih kurang 10 minit, masuk waktu Subuh.  Bergegas pula solat Subuh.

Memanglah pada awalnya rasa gembira dan teruja sangat kerana menyangka bahawa hari ini pada Ramadhan yang pertama dapat bersahur dan berbuka puasa dengan ibu.  Walaupun ibu kurang sihat tetapi ibu ada di sini... tetapi takdir mengatasi segalanya... hanya sempat bersahur dengan ibu itupun dalam kereta dalam perjalanan ke hospital... berbuka?  Dengan ahli keluarga sendiri... ibu di hospital bersama adik bongsu yang menjaganya.

Hasrat hati tidak kesampaian lagi.  Walaupun demikian jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana hari  Ramadhan pertama ini telah selamat ditempuhi.

Semoga Ramadhan kali ini memberikan penuh makna dan pengertian dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Ramadhan Karim!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...