FOLLOWER

2 Ogos 2013

Pesanan ringkas sebelum bercuti pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Ala-ala van penerangan la pulak kan... nak bagi pesanan segala bagai.  Perhatian sekali lagi... pesanan ini ditujukan kepada semua pembaca blog ini (termasuk penulisnya :D)

Pesanan mesra lagi berhemah ini sebagai ingatan kepada kita semua mengenai apa yang hendak dilakukan sebelum meninggalkan pejabat untuk bercuti panjang dan juga sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung berhari raya.

Pesanan berbunyi (kena baca kuat-kuat baru boleh dengan bunyi suara sendiri):

  1. Matikan semua suis lampu, kipas, penghawa dingin dan lain-lain peralatan elektrik seperti seterika, cerek elektrik, periuk nasi elektrik, oven elektrik dan lain-lain yang seangkatan dengannya.  Cabut juga plug dari soket.
  2. Matikan juga suis AVR serta komputer termasuk mesin pencetak dan scanner di pejabat dan dirumah (yang mana berkenaan).
  3. Pastikan semua pintu dan tingkap rumah/pejabat ditutup dan dikunci dengan selamat.
  4. Pastikan tiada lubang/ruang yang membolehkan binatang liar memasuki rumah atau pejabat.  Haiwan liar seperti ular dan monyet.
  5. Jika ada tempat air bertakung, hendaklah dibuang dan dibersihkan dengan segera bagi mengelak nyamuk aedes membiak.  Contohnya pelapik pasu bunga.  Pastikan juga tiada bekas yang mengandugi air bertakung di Pantri.  Maklumlah nak cepat dah basuh pinggan mangkuk dan gelas cawan tu... terbalikkan jangan dibiarkan terdedah.
  6. Pastikan rumah atau pejabat ditinggalkan dalam keadaan bersih dan bebas dari sisa makanan bagi mengelakkan kehadiran serangga/binatang perosak seperti tikus, cencorot dan lipas.
  7. Tutup semua punca bekalan air (jika boleh) dan pastikan semua kepala paip ditutup sempurna bagi mengelak pembaziran.  Sekiranya terdapat air menitis dari paip air setelah ditutup ketat dan tak sempat nak panggil tukang untuk 'repair' maka letakkan bekas seperti besen dan letakkan span atau kain didalamnya.  Ini adalah untuk memastikan air tidak bertakung dan mengelakkan pembiakan nyamuk.


Pandu cermat jiwa selamat.

Biar lambat seminit asal jangan tidak sampai langsung.

Sekian adanya ... semoga perkongsian dan pesanan ini dapat dijadikan panduan bersama.  Selamat bercuti.

^-^

'

Share the Softness with Kleenex Natural

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Perhatian! tajuk sahaja berbahasa Inggeris, isi kandungan ini berbahasa Malaysia tetapi mempunyai mesej yang sama dengan tajuk di atas.

Balik dari kerja, sampai saja ke pintu rumah nampak sampul putih atas meja.. tidak terusik.  Bagusnya anak-anak.  Masuk saja rumah terus belek sampul surat putih... nama betul, alamat betul.

Dah tertanya-tanya sendiri.. sampul ini untuk apa.. Tak payah nak susah-susah tanya pulak pada anak-anak dah tentu deme tak paham... Buka jer, tengok apa isi... baca apa yang patuh.

Wah.. terus baca tajuk utama 'Congratulations! You're a winner in our "Share the Softness with Kleenex Natural" Contest'.  ... daily contest winners!  OOOOO..... Baru teringat tak berapa lama dulu aye ada join peraduan.  Tak susah mudah sangat hanya kongsi kata-kata hikmah di facebook Kleenex.  Kalau tak silap ada dua kata-kata hikmah yang aye share.  Salah satu daripada kata-kata berkenaan seperti yang tertera pada poskad dalam gambar di atas.

Kembali kepada sampul surat putih tadi... dalamnya mengandungi surat iringan, satu pek tisu Kleenex Natural 3-ply yang mengandungi extrak timun... lembut dan baunya menyegarkan.

Terima kasih Kleenex

mood teruja (*-*)


Antara Sabar dan Syukur | Mencari Positif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat sejahtera hingga akhir masa.  Corak frame hiasan

Seperti biasa sudah acap kali mendapat mesej yang serupa setiap awal pagi.  Bukan mesej pada gambar di atas.

Bukan hendak mempertikaikan kesihatan dan keadaan orang lain kerana kewudujan dan keberadaan diri ini juga adalah dibawah kuasaNya.  Alhamdulillah pagi ini hari ini masih lagi bernafas dan mampu meneruskan kehidupan bersama keluarga dan anak-anak serta meneruskan kerja.

Adakah kita percaya dengan alasan yang diberikan.

Alasan boleh dicipta dengan berbagai rupa dan senarainya memang banyak.  Hanya pilih mana satu yang hendak digunakan pada kali ini.

Mencari positif disebalik alasan.

Bersyukur kerana masih dikurniakan akal dan fikiran serta petunjuk.  Biarpun seribu alasan yang telah diberikan pada masa yang secara kebetulan yang berulang kali... positifkan minda dan tabahkan hati.  Terimalah seribu alasan itu dengan seadanya.

Sudah memang itu alasannya.  Apa pun yang terjadi, kebenarannya hanya Allah yang tahu.


~~~~~~~~~~~~~

Iman itu ada dua bagian. Sebagiannya adalah sabar dan sebagian yang lain adalah syukur. Hal ini seperti disebutkan oleh Allah Subhaanahu Wata'ala dalam firman-Nya: Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi setiap orang yang penyabar dan banyak bersyukur. (QS. Ibrahim: 5)
(Sahl bin Abdillah at-Tustari)


Sekian adanya.  Semoga kita menjadi orang yang penyabar dengan setiap ujian dan bersyukur dengan setiap keadaan yang ada.

...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...