FOLLOWER

2 September 2013

Amalan sunnah untuk mereka yang tidak dapat menunaikan haji

As salam,



Ramai di antara kita bahkan boleh lah dikatakan semua yang beragama Islam ada hajat dan niat untuk menunaikan haji.  Itu pastinya impian yang terindah sekiranya tertunai dan terlaksana.

Namun tidak semua di antara kita berpeluang menunaikan haji dan hanya sebahagian besar dapat melaksanakan umrah dan ziarah.  Semua itu memerlukan kekuatan kewangan dan juga peribadi serta kehendak dan keinginan yang kuat.  Betul tak?

aye sendiri masih belum berpeluang, masih mengumpul dana untuk ke sana.  Insya Allah semoga terlaksana dengan baik.



gambar hiasan:  Masjid Nabi

Sementara itu bagi kita yang belum sempat dan tidak dapat pergi menunai haji, berikut adalah beberapa amalan sunnah untuk diamalkan.  Semoga membawa keberkatan.

1) Memperbanyakkan amalan soleh dan mengucapkan tasbih, tahlil, takbir dan tahmid. Dalilnya hadith riwayat Ahmad dengan sanad yang sahih bahawa Nabi bersabda:


مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ


Tiadalah satu hari yang lebih besar di sisi Allah dan tiada yang lebih dicintai pada-Nya untuk melakukan amalan soleh selain daripada sepuluh hari awal Zulhijjah, maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid"(tasbih pada lafaz riwayat lain). 




2) Berpuasa Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Dalilnya, Nabi bersabda dalam hadith riwayat Muslim :


سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Baginda ketika ditanya mengenai puasa Hari Arafah bersabda: "Ia menghapuskan dosa tahun lepas dan tahun akan datang "

 
3) Tidak bercukur segala rambut di badan dan memotong kuku bermula 1 Zulhijjah bagi mereka yang akan berkorban sampai tiba hari binatang disembelih. Dalilnya, Nabi bersabda dalam hadith riwayat Muslim: 

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِى الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّىَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Apabila kamu nampak anak bulan Zulhijjah dan di kalangan kamu ada yang hendak berkorban maka hendaklah dia menahan diri dari memotong rambutnya dan kukunya




Semoga bermanfaat dan selamat beramal


 


Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 2/9/2013, jam 5.00 petang SEHINGGA 9/9/2013, jam 5.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ni... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak. 



 Kemudian pastekan ke ruang HTML seperti di bawah:

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 10/9/2013.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^

Untuk mengikuti segmen ini dan mendapatkan koding HTML berkenaan sila klik pada gambar di atas.  

Terima kasih.

Untung atau rugi | Pilihan di tangan kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan... Rindu Ramadhan


Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina
(QS. Al Mu’min: 60)

Giveaway Pertama yangbaik Ogos 2013 | Pemenang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti yang dijanjikan pada entri kali ini akan disenaraikan nama pemenang Giveaway Pertama yangbaik Ogos 2013.  Daripada 29 penyertaan, 3 peserta telah dipilih menggunakan khidmat Random.org manakala 1 lagi penyertaan termasuk dalam kategori hadiah khas dipilih sendiri oleh aye.

Didahului dengan hadiah misteri pemenang yang terpilih dari kategori ini bakal menerima sebuah buku istimewa, peserta kategori ini aye ambil dari penyertaan pertama iaitu jatuh kepada:


Pemenang pertama, kedua dan ketiga mendapat nilai hadiah yang sama iaitu top-up RM10.00 seorang.

Tempat pertama, no. 12 
nurul afiqah - DONE



Tempat kedua no. 22
nur farahain - DONE


Tempat ketiga, no. 13
arina - DONE


Kalau diikutkan hati semua peserta nak dilantingkan hadiah giveaway, namun apakan daya belum lagi berpeluang untuk mengadakannya kepada semua.

Kepada lain-lain peserta yang tidak terpilih jangan berkecil hati.  Penyertaan kalian cukup memberikan aye semangat untuk meneruskan giveaway bagi bulan-bulan berikutnya.

Aye sayang semua peserta yang menyertai giveaway pertama ini.  Memang tak sangka sambutan agak menggalakkan walaupun pada peringkat permulaan.

Kepada semua peserta yang telah terpilih sila emailkan no. telefon anda ke alamat email : yangbaik3@gmail.com atau tinggallkan dalam ruangan komen pada entry ini, komen anda tidak akan dipublishkan.

Sekian untuk kali ini, terima kasih kepada semua atas sokongan.  Semoga sokongan anda semua tidak berbelah bagi dan terus setia dengan blog picisan ini ... nantikan giveaway berikutnya dalam masa terdekat.

Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...