FOLLOWER

11 September 2013

Asalnya dosa manusia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

taman bonda yang kini semakin layu dan sepi.  gambar hiasan


Kebanyakan dosa manusia muncul dari lidahnya.
(HR Tabarani)

Kerana nila setitik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini kita bincang isu semasa (atau berterusan.. sila hentikan segera) iaitu mengenai nila, susu dan belanga. Iaitu "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga".  Kenapa nila, susu dan belanga?

Kerana nila adalah sejenis bahan untuk membirukan kain putih bukan untuk membirukan susu yang putih. Susu pula sejenih minuman, terutama susu kambing merupakan minuman kesukaan Rasulullah S.A.W. Manakala belanga pula merupakan sejenis bekas yang berbentuk bulat diperbuat daripada tanah liat atau tembaga.

corak hiasan ini bertajuk "abstrak cinta bayu".  
Kaitan dengan jalan cerita ini adalah kerana ada warna biru macam nila... :D

Cerita sebenar yang ingin disampaikan di sini adalah berkaitan penggunaan telekung dan sejadah di Surau Wanita.  Lebih tepat lagi di Surau Wanita yang dipertanggungjawabkan kepada staf.

Seperti biasa di mana-mana agensi sekarang boleh dikatakan semuanya mengamalkan Persekitaran Berkualiti (QE/5S).  Mungkin juga ada yang belum mengamalkan sepenuhnya tetapi jalan ke arah QE/5S telah ada.

Di sesetengah jabatan kerajaan ada surau dan surau berkenaan biasanya dipertanggungjawabkan kepada Unit atau Bahagian tertentu.  Sejajar dengan amalan QE/5S, maka Surau Wanita juga tidak terkecuali. Dengan adanya amalan QE/5S secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan serta semua kemudahan dapat digunakan dengan selamat.

Diringkaskan cerita (dah banyak melalut ehhh?), di Surau biasanya akan ada telekung dan sejadah yang diwakafkan untuk kemudahan pengguna terutama sesiapa yang tidak membawa telekung.

Disebabkan sikap sesetengah pengguna yang tidak reti bahasa atau lebih mudah tidak pandai mengemas semula telekung dan sejadah yang disediakan... maka didapati sebahagian besar telekung di Surau itu dipindahkan ke Surau lain (yang mungkin belum lagi melaksanakan amalan QE/5S).  Berkemungkinan juga kerana Surau lain itu lebih ramai pengguna awam.

Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pengguna lain kerana mereka agak sukar menunaikan Solat kerana kekurangan Telekung, terpaksa pula menunggu giliran.  Situasi ini turut memberi kesan kepada staf yang meninggalkan telekungnya di Surau itu.  Ini adalah kerana setiap kali hendak solat kadang-kadang telekung itu digunakan oleh pengguna lain... dapat pahala bagi kemudahan kepada orang kan.  Tetapi yang tidak enak adalah apabila telekung itu setelah digunakan tidak dilipat atau disimpan dengan sempurna.

doodle hiasan 'yangbaik' dari Fizgraphic.


Pernah jadi satu ketika... dalam beg telekung berkenaan turut disimpan keperluan lain seperti pencuci muka, bedak dan minyak wangi.  Guna telekung tidaklah menjadi kesalahan tetapi apabila kelengkapan lain turut digunakan tanpa izin.  Yang agak menyedihkan adalah bila minyak wangi yang satu-satunya dalam simpanan itu... hilang lesap tanpa berita... botol kecil yang comel itu tidak bersalah tetapi turut dihilangkan...

Kesedihan itu sudah pasti ada ubatnya... Semoga Allah mengampuni dosa orang itu dan dosa kedua ibu-bapanya. Terfikir juga mungkin ada kesilapan aye di mana-mana.  Semoga Allah merahmati kami berdua.

Justeru kepada adik-adik dan rakan-rakan sekalian, gunalah kemudahan yang ada dengan sebaiknya untuk kemudahan semua pihak dan peliharalah harta yang kita pinjam (tanpa izin) dengan baik.  Supaya kemudahan itu secara tidak ditarik dan menyebabkan kesukaran kepada orang lain.

Elakkan diri dari menjadi nila yang merosakkan susu tetapi jadilah nila yang digunakan untuk kebaikan orang lain seperti memberi warna biru yang cantik kepada baju putih yang telah pudar.  Juga jadilah nila yang digunakan untuk merawat penyakit beguk (bengkak cantik).

Semoga hidup kita sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.

Suka Duka Pentas Dunia.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...