FOLLOWER

25 September 2013

Segmen 1st Mama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Blogger ini sekali lagi dengan rela hati memberi sokongan kepada Rakan Blogger.




Kepada kalian semua Rakan Blogger yang budiman ayuhlah berikan sokongan kepada Mama... klik pada gambar di atas.

Selamat bersegmen kepada semua.

Sekian.


Hari Rabu Tanpa Kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Baguskan ada istilah 'Hari Rabu Tanpa Kata'.  Boleh bagi peluang kepada blogger yang malas nak tulis atau tiada idea sangat-sangat tetapi nak juga buat entry... buatlah entry yang ringkas tanpa banyak kata atau langsung tiada kata-kata hanya gambar sahaja.

Beginilah hasilnya bila setiap hari Rabu. :D

Mainan untuk Abid?
Apa saja asalkan duduk diam
Boleh umi bersiap dengan aman :P



Inas nak tidur
Kakak dodoikan yer
Nak kakak dodoi ke nak kakak pok?
Cepat-cepat pejam mata :P



Boleh la kan... kisah ringkas di hari Rabu.


Terima kasih.


Sesuatu untuk dikongsikan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perhatian semua... ini adalah blog seorang blogger Melayu yang bermastautin di Malaysia.  Blogger ini memang tidak fasih berbahasa Inggeris... tetapi jalan ke arah itu sedang dipertingkatkan. :D

Ha... kan ... macam jawapan temuduga gitu... kalau tak fasih dan tidak tahu cakap jer terus terang jangan pula nak selindung buat alasan macam-macam.

Kembali kepada jalan tajuk cerita... berikut adalah gambar-gambar biasa yang kalian pernah lihat di mana-mana.  Dipertontonkan sekali lagi untuk imbasan dan ingatan ... semoga bermanfaat.


Always pray to have eyes that see the best, 
a heart that forgives the worst, 
a mind that forgets the bad, 
and a soul that never loses faith in Allah.



Never laugh at or judge 
someone because 
you never know, 
someday you might find
 yourself in the same situation.  
Na'u zubillah. 
Semoga kita dijauhkan dari 
segala malapetaka dan bencana.


A lot of problems
 in the world would 
disappear if we talk 
to each other instead 
of about each other.  
Tidak semua orang 
sanggup mendengar 
masalah kita.  


Begitulah sedikit sebanyak rencah kehidupan.  Kan aye dah tulis kat atas tadi... kalau ada sesiapa yang tersinggung dengan terjemahan aye ... mohon maaf.

Sekian adanya... terima kasih.

*p/s:  entah mengapa namapa entry kali ni macam serabut pulak...


CPUV ke empat September 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dalam dunia blogging ni macam-macam boleh jadi.  Sekejap timbul sekejap tenggelam. Saat yang paling indah apabila ada feedback dari rakan blogger mengenai sesuatu isu atau artikel yang dikeluarkan.

Namun bagi blogger yang bersemangat kental, hasil penulisan dalam blog tidak semestinya mendapat feedback secara lansung seperti komen yang ditinggalkan oleh pembaca.

Sebaliknya terdapat ramai rakan blogger di luar sana yang suka membaca dan tidak meninggalkan feedback... tidak mengapa kerana itu bukanlah isu besar walaupun dalam sesetengah perkara jejak yang ditinggalkan oleh pembaca akan meningkatkan PR blog.

Makcik ni... suka potong stim kan... tulis tajuk lain tapi intro entah ke mana.... macam tiada kaitan langsung.

Korang jangan bimbang... intro tu sedikit sebanyak memberi kesan kepada hasil penulisan berikutnya...


CPUV ke empat bagi bulan September 2013, SENHENG/SEN Q - Plant A Trip


Sungguh menarik CPUV kali ini kerana diberikan oleh Nuffnang berturut-turut pada hari yang sama.  Sejurus selepas CPUV ke tiga September 2013 dikeluarkan.

Alkisahnya... ada terlihat kelibat iklan SENHENG di blog ni... tapi tak lama tak sempat nak capture. Nanti ada peluang bila bila masa iklan SENHENG tu keluar kat blog ini aye capture...

Baru jumpa... terus capture...




Terima kasih sekali lagi kepada Nuffnang dan SENHENG dan juga kepada kalian semua yang tidak jemu-jemu menjejakkan kaki ke blog ini.

Sekian adanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...