FOLLOWER

26 November 2013

Blog Review By Zayani Zulkiffli

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Agak dah lama sangat tak join segmen blog review.  Kalau tak silap jangkaan tahun 2013 memang tak pernh join mana-mana segmen untuk review blog.

Jadinya tergerak pula semangat nak join segmen ini yang dianjurkan oleh bakal doktor.  Iaitu Zayani Zulkifli.



Nak komen blog lain memang tak pandai... sebab tu la kot tak join segmen review blog ehhh. Bukan takut tapi tak berapa suka nak bagi komen.

Okey... Secara jujurnya Blog Zayani simple dan senang dibaca serta tak banyak ragam.

Kepada korang yang ada blog silakan klik pada gambar di atas untuk melihat blog bakal doktor muda...

Selamat mencuba kepada semua.



suka duka pentas dunia


Tidur juga akhirnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera







Dah puas pujuk rayu. Masuk buai keluar buai. Serba tak kena dibuatnya. Jenuh juga lah fikirkan apa yang tak kena.

Dah dukung masih lagi merengek. Bak kata orang tua-tua "dah habis ikhtiar" masih lagi meragam.

Entahlah... agaknya umi ni lambat sangat nak faham nak bertindak apatah lagi.

Agak-agak akhirnya terbuka pintu hati nak bagi ubat demam... kan badannya dedor... panas yang tak berapa...

Memang itu kehendak dia, apakan daya nak cakap tak pandai bagi bahasa badan pun orang lambat nak faham...

Sejurus disuapkan ubat... basahkan sikit kepala...masukkan dalam buai tak sampai 5 minit dah lelap..

Barulah Abid tidur lena...dapatlah umi sambung blogging... :D

*p/s sambung cerita mlm tadi :P

Suka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid

Memanjangkan semangat memberi kebaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kita biasa mendapat pemberian dari seseorang yang kita kenal atau tidak.  Memang mengejutkan kerana tidak disangka orang yang kita tidak berapa kenal juga turut menyumbang sesuatu kepada kita.  Lazimnya pemberian diberikan oleh orang yang dikenali seperti sahabat baik, suami isteri, anak-anak atau ibu bapa atau juga bos.

Sebelum diangkat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selain dari membaca ilmu hendaklah diperolehi secara berguru bagi meningkatkan kefahaman.  Gambar hiasan

Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')


suka duka pentas dunia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...