FOLLOWER

3 Januari 2014

Majalah Nur Januari 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nur Januari 2014

Sudah beberapa bulan terlepas membaca Majalah Nur, majalah keluaran Karangkraf.  Pada awal tahun kemunculannya aye tidak terlepas mendapatkan majalah yang berunsurkan muslimah berkerjaya anggun aktif.  Alasan skema kenapa terlepas mendapatkan Majalah Nur adalah kerana kehabisan stok.  Dan... alasan yang paling pelik adalah bila terjumpa belek-belek sikit nampak isi seperti tidak menarik lalu diletakkan semula.  Kadang-kadang majalah ini keluarnya di hujung bulan untuk bulan berikutnya.  Okey... itu pengelaman YB dengan majalah Nur.


YB memang suka membaca majalah Nur kerana antara kandungan yang terdapat di dalamnya adalah berkaitan motivasi kepada muslimah yang berkerjaya.  Seperti bagaimana hendak berhadapan dengan bos atau dengan staf sokongan serta bagaimana berhadapan dengan rakan sekerja.  Biasanya isu yang dikupas ada kaitan dengan alam pekerjaan tidak banyak sedikit pasti terselit panduan dan pedoman.

Selain dari itu, untuk keluaran bulan Januari ini, Nur turut menghidangkan tip-tip menarik sebagai panduan kepada muslimah untuk menjadi hebat dan serba boleh.


Lebih menarik lagi, di dalam segmen Citra Muslimah, Nur memaparkan personaliti 'Rumahku Syurgaku' iaitu Ustaz Mohd Nor Mamat.  Satu kupasan yang menarik dan sudah tentu memberikan sedikit panduan dan pedoman kepada kita dalam kehidupan berumahtangga.

Majalah Nur tidak lari dari fesyen dan segala isu semasa berkaitan muslimah moden yang berkerjaya, anggun dan aktif.  Terdapat berbagai-bagai variasi gaya tudung dan fesyen pakaian muslimah.  Sesuai sangat terutama kepada muslimah yang gemar bergaya.  Namun pada pandangan peribadi YB, rona hiasan dan tatarias model kadang-kadang agak keterlaluan.  Mungkin juga faktor usia atau juga pemikiran yang merasakan kadang-kadang agak kekok membaca majalah berkenaan yang berkaitan dengan fesyen.  Mungkin juga penerbit dan editor perlu menghadkan warna-warna untuk tatarias wajah model agar tidak kelihatan keterlaluan seperti mana tujuan majalah ini adalah untuk berdakwah melalui tulisan.

Membaca menambah ilmu dan pengetahuan serta dapat mengembangkan pemikiran.  Justeru bahan bacaan yang bermutu tidak semestinya mengandungi gambar-gambar yang terlalu memukau pandangan mata kasar.

Sekianlah sedikit sebanyak perkongsian rasa dan pandangan mengenai majalah kesayangan wanita Muslimah di Malaysia.


suka duka pentas dunia


.

2 ulasan:

  1. majalah Nur banyak provide info terkini untuk muslimah kan ?if i'm not mistaken,penulisan ilmiah :)

    BalasPadam
  2. ini majalah, gadis-gadis comel cukup suka baca maa..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...