FOLLOWER

26 Januari 2014

Malu bertanya sesat jalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sekarang walaupun bukan musim cuti sekolah sesekali ada juga jemputan majlis perkahwinan.  Musim perkahwinan tidak terhap kepada cuti sekolah sahaja.  Walaupun secara lazimnya pada musim cuti sekolah saban hari ada saja majlis perkahwinan.


gambas hiasan




Sering kali juga kita dapat jemputan majlis perkahwinan di satu tempat yang jarang atau tidak pernah kita tau.  Lazimnya kita akan bertanya saudara mara atau sahabat handai yang tahu mengenai kawasan berkenaan.

Mungkin agak jarang juga berlaku, walaupun bertanya kita masih lagi sesat menuju ke lokasi yang dituju.

Bukan kerana malu bertanya tetapi lebih kepada banyak sangat maklumat yang diterima.  Sudah tentu dari banyak-banyak maklumat kita akan pilih satu yang lebih diyakini dan boleh dipercayai.

Dengan sengaja nak buat cerita walaupun maklumat yang diperolehi itu boleh diyakini tetapi sebenarnya kita tidak tahu bahawa orang itu juga tidak tahu lokasi kita sebenarnya.  Kita percaya dengan maklumat itu kerana kita percaya bahawa maklumat yang diberikan itu memang betul.  Yupp... memang maklumat itu memang betul tetapi tidak kena pada lokasinya.

Menyebabkan kita pun tersesat juga.  Puas sudah ikut GPS dan google map... tetapi jalan yang dituju masih juga salah... jauh dari sasaran sebenar.

Kesimpulannya berhenti tepi jalan dan bertanyalah pada warga tempatan yang lebih arif tentang lokasi kita sekarang dan lokasi yang hendak dituju.

Baling batu panggil hujan
Malu bertanya sesat jalan

Sekian... cerita sekerat jalan buat ingatan dan panduan.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$

3 ulasan:

  1. sng kate better gune aje gps sng cite..tb da byk kali tersesat bile tnye org..alahai..

    BalasPadam
  2. GPS pun belum tentu betul...bertanya jalan terbaik

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...