FOLLOWER

1 Januari 2014

Pecah bukan untuk dibuang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pecah bukan untuk dibuang.  Seringkali peralatan kaca atau yang seangkatan dengannya mudah pecah. Sama ada pecah kerana terjatuh, dijatuhkan atau kerana kesilapan teknikal yang lain.  Kebanyakannya bila jatuh pecah berderai dan tidak sanggup dilihat lagi lalu dibuang.  Dibuang kerana tidak mampu melihatnya... lagi dilihat lagi terasa sakit lalu dibuang.

Pengalaman pecah kaca ini bukannya anda saja yang merasainya tetapi YB juga. Dalam seminggu dua ni sudah 4 jenis barang kaca pecah... ada yang berderai dan ada yang tersepih saja.  Antara barang kaca pertama yang pecah adalah teko kaca pusaka arwah mak.  Balik rumah lepas kerja... anak-anak bagitahu teko pecah... Puncanya?  Tak tahu bagaimana punca tetapi pecahnya ditapak.  Terasa sangat sedih mungkin juga bercampur dengan letih dan penat kerja... oleh kerana keliru terus dibuang teko yang pecah itu. Semasa buang teko itu... sebenarnya ada satu perasaan yang berbaur tetapi tidak dapat ditafsirkan.  Hingga sekarang masih sukar diterima kenapa dibuang teko itu...

Pada hari yang sama peralatan yang pecah adalah flask air panas.  Flask warna biru dibeli semasa dalam pantang bersalin Muhammad Abid... kira-kira usianya baru 14 bulan.  Kaca di dalamnya pecah, bekas diluar masih elok.  Bila ditanya tiada siapa mengaku.  Dan... disebabkan perasaan yang tidak keruan bercampur baur terus dibuang flask biru yang tidak bersalah itu.... mood sedih sangat.  Tetapi masih lagi sedar itu semua pinjaman semata-mata tiada yang kekal.  Biarpun menangis mengalir darah kaca-kaca itu tak mungkin bersatu kembali...Tetapi masa ada jalan dan cara lain untuk kitar semula barang itu kan?  Masa itu tidak terfikir langsung... mood kecewa pula :P

Sebenarnya semua benda yang dibuang itu adalah memikirkan ianya sudah tidak boleh digunakan secara normal (seperti biasa), tempat simpanan juga terhad... lalu dibiarkan saja ia disimpan didalam tong sampah dengan harapan ada insan lain yang akan mengitar semula barang itu... mood teruja ;)

Selang beberapa hari kemudian, sebiji mangkuk kaca putih Corelle pemberian adik ipar yang baru pulang dari Australia... pula pecah.  Mangkuk kaca yang pecah itu tidak kelihatan dimana letaknya.  Pulang dari pejabat pada petang itu... lihat seperti ada sesuatu yang kurang pada rak pinggan tetapi dibiarkan saja.  Keesokan paginya... terasa pelik dan janggal kerana mangkuk itu tidak cukup satu.  Lalu dicari dalam peti ais, dalam singki dan mana-mana tempat yang biasa... tidak dijumpai.  Lalu barulah diringankan mulut bertanya pada anak... mangkuk tu pecah.  Puncanya sedikit sangat tetapi itulah 'alsebab' kepada kehilangan sebiji mangkuk putih itu.  Mereka telah membuangnya dan YB tidak nampak pun dimana dan bagaimana pecahnya... mengapa dibuang?  Masih lagi misteri.  Kata orang mangkuk Corelle susah nak pecah.  Kesimpulannya tidak semua kaca itu sempurna... kan?

Dan selang beberapa hari kemudian... tiba giliran talam comel ini pula sumbing.  Tidak pecah tetapi sumbing sedikit.  Talam ini bukan kaca tetapi gentian kelihatan seperti kaca dan dibeli kira-kira 10 tahun yang lalu.

Dalam keadaan waras kita mampu berfikir dengan tenang.  Melihat keadaan talam ini yang sumbing agak sendikit kecewa... tak habis-habis ehhhh.  Tetapi masih boleh bertahan tak sampai hati nak buang kerana pecah itu bukan untuk dibuang.

Sudah tentu talam yang sumbing ini tidak molek untuk diletakkan hidangan kepada tetamu ataupun keluarga sendiri.  Maka ia disimpan dan dalam masa yang sama masih mampu berfikir bahawa ia pasti mampu digunakan dengan caranya yang tersendiri.



Yang penting masih boleh digunakan walaupun sekadar 'belakang tabir'.



Selagi masih boleh digunakan ada baiknya ia disimpan dan sekiranya ia pecah sekali lagi... itulah nasibnya tak perlu rasa kecewa atau sedih.


Nah... sekarang ia dijadikan sebagai alas meletakkan bekas dadih untuk disimpan di dalam peti ais.  Bekas dadih perlu diletakkan atas dulang atau talam supaya kedudukannya stabil dan tidak mudah terbalik.

Segala tindakan kita hanya kita yang mampu mengawalnya dan tidak perlu mengharapkan orang lain.  Dalam keadaan emosi kurang stabil kita tidak mampu berfikir atau bertindak dengan cara yang waras.  Sebaliknya perasaan itu perlu diredakan dengan banyakkan istighfar.

Harus ingat... pecah bukan untuk dibuang.  Barang yang lepas jangan dikenang sebaliknya jadikan ia sebagai teladan.

Sekian.  Terima kasih atas perhatian yang diberikan.


suka duka pentas dunia.


7 ulasan:

  1. klu cik nor dah lama buang tak fikir plk nak buat macm tu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang-kadang tak terfikir juga... tetapi bila dah sayang... usahakan jugalah :D

      Padam
  2. tengok jugak pecah macam mane...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... ada kaca bila dah pecah langsung tak boleh digunakan... :D

      Padam
  3. agak nk menangis jugak pinggan corelle pecah.adui harga satu je dah berpuluh2 ringgit.pasal yg tuh biase nye tb pn buang ajee..hahah xde idea kreatif lak nk wt gitu heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah nasib tiba masa nak pecah... redha jugaklah. baru pecah satu ada lagi 3 :D

      Padam
  4. Kalau alatan seperti alas ni...selagi boleh digunakan, sumbing ke, smpek ke...gunalah. Tapi kalau alatan utk letak makanan atau minuman spt cawan, pinggan dan magkuk...baik jgn digunakan. Takut merbahaya pula.
    Sesuatu barang itu mungkin ada sentimental value dan membawa kenangan...sayang nak buang. Cuba kreativiti kitar semula dgn jadikan perhiasan...sekurang2nya masih ada didepan mata.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...