FOLLOWER

12 Februari 2014

Apa sebenarnya ukuran orang sombong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Apa sebenarnya ukuran orang sombong?

Adakah melalui gaya bercakap, gaya bertindak, kurang bercakap, muka masam, cakap kasar atau bagaimana yang dikatakan sombong.


Sombong kadang-kadang dikaitkan juga dengan angkuh.

Apa pula yang dikatakan angkuh?

Sombong atau angkuh adalah perkiraan manusia.  Yang ditafsirkan melalui pandangan mata kasar atau atas kepentingan peribadi.

Pernah tak kita terfikir mengenai latar belakang kehidupan orang itu sebelum kita menuduh dia sombong.  Memang kita tidak akan bisa mengenali hati budinya hanya dengan membuat tuduhan dan bercerita sana-sini mengenai sikap orang itu yang dilihat sebagai sombong.

Pandangan mata kasar manusia tidak sama dengan hakikat sebenar yang ada pada orang yang dituduh sebagai sombong.

Hentikanlah tuduh-menuduh.

Hentikan segera sikap memburukkan peribadi orang lain.

Tahukah kita bahawa sombong itu bukan milik manusia tetapi milik Pencipta manusia. Hanya Dia yang berhak memiliki sikap sombong.

Apa yang ada pada manusia untuk bersikap sombong apatah lagi menuduh orang lain sombong.

Fikirkan positif minda menjadi tenang.  Tidak perlu susah hati dengan kesenangan orang lain.  Doakan kesenangan dan kemudahan orang lain semoga dengan doa itu kita akan kembali tenang.

Sekian adanya.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com




$$$

4 ulasan:

  1. singgah sini ye :) tq atas perkongsian

    BalasPadam
  2. Tak boleh sombongkan. Semua orang tak suka bila ada sifat sombong ni kan.

    BalasPadam
  3. sombong ini sifat Pencipta. Kita tak boleh ada sifat ini. Nanti ramai yang lari dari kita.

    BalasPadam
  4. Bersangka baik... itu lebih baik. Terima kasih yang baik... :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...