FOLLOWER

21 Februari 2014

Bakawali kembang malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bunga Bakawali.  sumber google
Bakawali kembang malam
Harumnya menusuk kalbu
Melintas lalu menyerlah waktu
Sekian lama menyepi meyimpan bau

Bakawali pemalu kembangnya satu
Diamnya menyuntik menyusun waktu
Melayar dedaunan di ombak waktu
Diamnya sepi ombak membatu

Bakawali kembang malam
Wangiannya menawan nak dara merindu
Umpama pungguk jenuh menunggu
Kembangnya bakawali terubat rindu

Nukilan:  yangbaik |  210202014 | 8.20 am


suka duka pentas dunia


$$$

6 ulasan:

  1. memang bakawali kembangnya mlm je ek?

    BalasPadam
  2. Bunganya sungguh cantik dan menyinar pabila terkena sinaran bulan. Ada mitos juga tentang bunga ni...

    BalasPadam
  3. to msredcheesecake, mungkin juga... aye tak tau sangat cuma terfikir nak tulis cam tu... hehehe

    BalasPadam
  4. to BM, betul! mitos yang sungguh menarik walaupun macam menyeramkan... pelik??

    BalasPadam
  5. To Dairy, tak tahuuuuu... tak pernah rasa bakawali tu... huhuhuu

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...