FOLLOWER

6 Februari 2014

Bunga Kertas berasal dari kertas berwarna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Bunga kertas yang mekar di laman bonda.
sumber gambar:  Instagram #yangbaik


Bunga kertas berasal dari kertas warna.  Itulah permulaan pengenalan mengenai bunga kertas.  Masih teringat ketika zaman kanak-kanak, selalu siram pokok bunga di laman bonda.  Banyak jenis bunga; bunga kertas, bunga 3 bulan, bunga kekwa bunga rose jepun, juga pokok puding.  


Sudah tentu setiap nama bunga itu menjadi persoalan diminda ketika zaman itu.  Mana tidaknya nama bunga kertas tetapi bukan kertas.  Pernah terfikir pada suatu masa, agaknya bonda melekatkan kertas warna pada pokok bunga kertas, sebab itulah nama bunga kertas. 

Fikiran itu bermain agak lama di minda... entah bila tersedar bahawa nama bunga kertas itu tiada kaitan dengan kertas.  Agaknya dah masuk sekolah rendah... darjah berapa tak tahulah... baru pandai sendiri.

Tetapi itu dulu, ketika zaman kanak-kanak.  Memang banyak pokok bunga di sekeliling rumah.  Bermula dari depan hingga tepi rumah, tinggal di belakang rumah tiada pasu berisi bunga.  Rutin setiap hari jika hari cuti sekolah pagi dan petang mesti siram pokok bunga.  Bila hari sekolah biasanya petang baru siram pokok bunga.  Kadang-kadang tu bukan sukarela tetapi lebih kepada 'paksa rela'.

Zaman kanak-kanak dan pokok bunga memang tidak dapat dipisahkan.  Bau harum wangian bunga-bunga di laman bonda seakan sentiasa berada di setiap nafas hingga kini.  Namun bakat menanam pokok bunga itu tidak berapa menjadi.  Mungkin juga alasannya kerana sibuk bekerja menjadikan masa untuk menanam dan membelai pokok bunga tidak bangkit.

Pernah beberapa tahun yang lalu, bertekad menanam pokok bunga.  Memang menjadi.  Tetapi disebabkan jarak masa dan waktu dari rumah ke pejabat ketika itu... menjadikan pokok bunga di dalam pasu sedikit terabai... akhirnya kering dan layu menyembah pasu.  Agak kecewa juga sehingga kini... minat itu terpendam dan tersimpan menanti masa dan minat untuk menyambung semula hobi turun-temurun dari arwah bonda.

Sesekali terfikir jua seandainya anak-anak bertanya kenapa namanya pokok bunga kertas?  Jawapan apa yang harus diberikan.  Adakah biarkan mereka mendapatkan jawapan sendiri atau berikan saja jawapan ketika zaman kanak-kanak dulu... 
Kelakar ada... bimbang pun ada juga.


suka duka pentas dunia


$$$

4 ulasan:

  1. mmg dengki tgk org yg 'green finger'..kite ni tanam je pokok pastu tinggal..tau2 dh mati :p

    BalasPadam
  2. Dah lama tak jumpa bunga kertas...

    BalasPadam
  3. zara xbrapa bab tanam menanam ni.. haha.. but pasal bunga,, zara suka orkid.. ^^

    BalasPadam
  4. susah nak menjawabnya ni.kene mengkaji dulu sebelum ada orang bertanya..cantik pulak tengok bunga kertas berwarna warni tu :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...