FOLLOWER

2 Februari 2014

Mengapa perlu hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Majlis Sepetang Bersama Blogger (#SBB) kembali lagi.  Kali ini pada siri ke-3 setelah tahun 2012 dan tahun 2013, #SBB2014 kembali dengan penaja terbesar iaitu Yeo's.  Sudah tentu ianya menjanjikan kelainan tersendiri dan majlis terhebat buat blogger yang menyertai majlis ini. Sebenarnya YB ketika menulis entri ini terasa sungguh gementar dan teruja sangat. Bagaimana pula dengan kalian semua?


Mengapa perlu hadir ke majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014?

Berikut adalah pandangan YB mengapa blogger-blogger seluruh Malaysia perlu hadir ke majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014.

1.  Pengenalan dengan Blogger 
#SBB2014 merupakan satu majlis yang dapat merapatkan ukhwah diantara blogger, pengiat sosial media dan pembaca.  Majlis pada kali ini sekali lagi mengumpul blogger-blogger Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei serta kemungkinan akan melibatkan lain-lain negara.

2.  Panel Blogger
Blogger-blogger pujaan ramai seperti Ben Ashaari, Red Mummy, Zarul Husin dan Shafie Bustan antara blogger jemputan yang akan menjadi panel pada #SBBYEOS2014.  Boleh ambil peluang ini untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.  Boleh juga bertukar-tukar pandangan dan idea.


3.  Hadiah Misteri dan Cabutan Bertuah
Sesungguhnya #SBBYEOS2014 menjanjikan banyak kelainan dan keistimewaan serta kemeriahan yang tersendiri.  Rasa teruja untuk turut serta dalam majlis ini terus bergelora.  Manakan tidak setiap pendaftaran akan melayak peserta untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai yang akan diserahkan di majlis #SBBYEOS2014.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

4.  Tapak Pameran dan Jualan
Apa lagi, anda boleh menggunakan tapak pameran ini untuk membuat jualan produk, mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang anda sediakan, atau sekadar untuk menghebahkan jenama anda.  Jika ada yang berminat dan tertakluk kepada kekosongan yang ada, sila buat pembayaran dan pendaftaran di halaman Tapak Jualan SBB2014.

Dapat juga blogger bisnes menyebarluaskan jaringan perniagaan dan menambah bilangan pengguna.

5.  Lokasi, Tarikh dan Waktu
Lokasi kali ini memang di luar jangkaan.  #SBBYEOS2014 bakal diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang pada 8 Mac 2014 mulai jam 10 pagi hingga 5.30 petang.  Sila tandakan planner dan diari di telefon mudah alih mulai sekarang.  Pastikan tidak terlepas tarikh keramat itu.

6.  Yuran Penyertaan
Yuran penyertaan sebanyak RM20 dikenakan kepada para peserta yang hadir. Sila ke halaman Pendaftaran untuk mendaftar sekarang. 


Jadi, kepada blogger semua jangan lepaskan peluang keemasan ini.  Ianya datang setahun sekali dan peluang sebegini sukar diperolehi.  Dengan adanya majlis seperti ini sudah tentu dapat mengeratkan ukhuwah sesama blogger dan juga menambah pengetahuan.  

Semoga majlis ini berjaya dilaksanakan dengan cemerlangnya dan memberi manfaat kepada kita semua.  Sebarang pertanyaan sila kirimkan pesanan di Facebook Denaihati Network.

#SBB datang setahun sekali
Semoga terlaksana hasrat nan murni


suka duka pentas dunia


$$$

15 ulasan:

  1. Memang nak join tapi saya ada jemputan di Shah Alam pada waktu yg sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah... tak best lah tak dapat jumpa DIM di #SBB2014 :D

      Padam
  2. terbaiklah. kena tengok jadual, takut clash dengan event lain. Teringin gak nak pergi.

    From,

    Nasz

    www.nasznadzeri.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes... cepat-cepat tenggok jadual dan booking tarikh ehh

      Padam
  3. fuh..mesti ramai yang pergi nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. majlis sebegini sudah tentu ramai blogger yang akan hadir ... kannnn

      Padam
    2. Saya dah bayar online semlm tru' MB2u

      Padam
    3. cepatnya mama... dah bayar dah

      Padam
  4. cik akak jauh nie kak...kena terbang baru dapat nak join event cam nie...huhu..

    BalasPadam
  5. Dah daftar ke? Majlis yg pastinya meriah dgn blogger2 terkenal dan sesuai untuk suai kenal. Belum lagi terbuka hati untuk expose...ntahlah...tengah fikirkan lagi.

    BalasPadam
  6. Yang namanya blogger memang harus hadir di SBB2014 ini, terutama blogger dari Malaysia

    BalasPadam
  7. seronoknya dapat kumpul ramai-ramai.

    BalasPadam
  8. Joom daftar cepat-cepat. billion terima kasih atas promosi ni. mudahan persiapan dan perjalanan majlis lancar dan Allah permudahkan nanti.

    BalasPadam
  9. Jom pakat daftar, join contest dan yg penting hadirkan diri. Mu tunggu aku di sana weh......

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...