FOLLOWER

29 Mac 2014

Beri kepada yang sudi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Secara lazimnya apa jua yang hendak diberikan sudah tentu ada yang menerimanya.  Tetapi dalam keadaan tertentu atau pada masa-masa yang tertentu ada orang yang tidak mahu menerima pemberian orang lain.

Contoh hasil kerjatangan
Ini adalah contoh hasil kerja tangan yang menjadi ilmu baru sebagai nilai tambah kepada kemahiran peribadi



Walaupun demikian pepatah Melayu ada menyatakan "orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa".  Bolehlah difahami bahawa sekiranya orang memberi kita dapatlah merasa.  Tetapi bagaimana pula sekiranya pemberian itu ditolak.  Sudah tentu ada sebab tertentu yang menjadikan pemberian itu ditolak dan tidak diterima.

Tidak perlulah kita bahaskan panjang lebar mengapa dan kenapa sesuatu pemberian itu ditolak.  Setiap individu itu sudah pastinya ada alasan tersendiri mengapa ia menolak.  Oleh itu si pemberi yang berhati mulia tidak perlu berkecil hati sekiranya pemberian itu ditolak. Sudah pasti adalah sebab musabab yang tertentu antaranya pemberian itu tidak sesuai dengan dirinya atau jika diterima kelak akan mendatangkan pembaziran.  Lebih baik diberikan saja kepada orang lain.

Sesuatu pemberian itu tidak semestinya dalam bentuk yang boleh dilihat dengan mata kasar seperti barangan atau makanan.  Tetapi boleh juga merangkumi sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi hasilnya tetap ada seperti ilmu pengetahuan.

Ilmu pengetahuan... tidak semua ilmu itu sesuai dengan semua orang.  Contohnya ilmu persilatan, bagi orang yang tidak mampu menanggung pantang sudah tentu tidak sesuai belajar ilmu persilatan.  Begitu juga dengan orang yang tidak mahir menjahit atau memang tidak suka dengan bidang jahitan sudah tentu tidak suka menjahit atau kerja-kerja yang berkaitan dengannya.

Namun tidaklah menjadi satu kesalahan untuk belajar bagi menambah pengetahuan dan paling tidak dapat menambah kenalan.


Ini adalah hasil kerjatangan yang telah berjaya disiapkan setelah ilmu diiperlolehi ditambah dengan minat yang mendalam.


Ahli hikmah dalam Islam pernah menyuarakan pandangan mengenai pemberian ilmu kepada orang lain.  Maksudnya seperti berikut:
Jangan berikan ilmu Anda kepada orang yang tidak mau menuntutnya. Jangan Anda tebarkan mutiara kepada orang yang tidak mau mengambilnya. Dan jangan gelar dagangan Anda di hadapan orang yang akan menghancurkannya.  (Yazid bin Maisaroh)

Dengan erti kata lain, jika kita hendak memberikan sesuatu kepada orang lain pastikan ianya mampu memberi manfaat dan tidak membuang masa kita.  Walaubagaimanapun kesabaran juga penting dalam menyebar dan menuntu ilmu.

Semoga bermanfaat.

#MH370 dalam ingatan

suka duka pentas dunia



$$$

2 ulasan:

  1. cantiknya jahitan ribon. sy pernah belajar, tp x habis buat :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. buatlah sampai siap... nanti boleh lihat hasilnya.

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...