FOLLOWER

10 Mac 2014

Bila langgar prosedur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peraturan dan prosedur dibuat untuk memudahkan sesuatu urusan.  Supaya dapat dilaksanakan dengan teliti dan teratur.  Walaupun nampak seperti menyusahkan tetapi lebih susah lagi jika tidak ikut prosedur yang telah ditentukan


Gambar hiasan.


Seringkali prosedur disalah tafsir sebagai memberi keuntungan kepada sebelah pihak. Situasi sebegii dan pandangan beginilah yang menyebabkan sesetengah pihak lagi makan hati.  Makan hati kerana terpaksa menelan segala kerenah mereka yang susah nak faham kerja orang lain.

Tidak susah nak faham kerja orang lain.  Fahami prosedur dan cuba elakkan pentingkan diri sendiri.  Tiada siapa yang suka menyusahkan diri dengan buat kerja 'syok sendiri'.  Lalu prosedur dibuat supaya semua orang boleh merasa 'syok sendiri'.


Koleksi peribadi.  Gambar hiasan

Bukan sekali dua bahkan bukan seorang dua... asyik mempertikaikan prosedur yang telah dilakar.  Mereka fikir nak buat prosedur ni pakai ikut suka hati!!! Memang ikut suka jiwa orang lah nak buat prosedur asal kerja semua orang jadi senang.

Marah!!??

Ada sikit perasaan itu.  Tetapi tidaklah ketara sangat cuma sedang cuba memahami mengapa mereka jadi begitu... sukar sangatkah ikut prosedur.

Gara-gara tak mahu ikut prosedur... dah menyusahkan diri sendiri.

Semoga kita tidaklah termasuk dalam kategori orang yang suka menyusahkan orang lain.

Sekian adanya.  Terima kasih.



suka duka pentas dunia


$$$


6 ulasan:

  1. Peraturan diadakan utk memudahkan bukannya menyusahkan... semua segalanya baik. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... bukan senang nak puaskan hati banyak pihak

      Padam
  2. setiap prosedur mesti ada sebabnya, walaupun mungkin ramai yang kurang bersetuju.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai yang tidak bersetuju sebab mereka tidak terlibat dengan prosedur yang dibuat... :(

      Padam
  3. procedur ni org yg buat.. ada kekurangannya..
    mana yg kurang, kita boleh kritik utk penambaikan tapi kena ikut saluran yg betul..follow the rules.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita manusia biasa... mampu mencipta dengan ilmu yang cetek tetapi kita berusaha untuk memperbaiki diri kan...

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...