FOLLOWER

3 Mac 2014

Catatan Lewat Malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Corak hiasan

Seperti biasa sudah lewat sebegini baru berkesempatan menulis panjang lebar di skrin laptop ini.  Entah apa yang hendak ditaip tidak tahu... mungkin juga cerita siang tadi atau cerita semalam yang tertinggal.  
Tetapi sebenarnya idea nak menulis mengenai cerita siang tadi atau cerita mengenai aktiviti lewat Sabtu semalam tidak timbul.  Hanya digagahkan juga jari jemari ini menekan punat 'keypad' pada laptop ini.

Idea nak menulis sebenarnya banyak tetapi terhimpun dan tersekat entah di mana.  Sedang berusaha mencari di mana tersekatnya idea itu.  

Adakah perlu diceritakan di sini mengenai perasaan kecewa kerana Nuffnang telah hampir sebulan tidak memasukkan sebarang iklan di CPUV.  Adakah aye perlu merayu menagih simpati kepada Nuffnang supaya meletakkan sebarang dua atau lebih iklan CPUV? Sedangkan iklan-iklan yang keluar bergelek-gelek di blog dibiarkan saja tanpa sebarang pujian.  Sungguh aye tidak mengerti atau tidak pandai nak mengampu.  Kalau buat ayat pun pasti akan jadi skema dan macam lawak bodoh saja.  Mana tidaknya, beberapa hari lepas iklan CPUV bagi Sharp Fridge baru saja dikreditkan.  Hasilnya memang tidak banyak memandangkan tidak ramai pengunjung unik di blog ini.  Banyak juga iklan nuffnang tergedik-gedik di blog ini antaranya alat mekap Laneige, British Counsil, INTI: International University & Colleges, Mc Saver dan beberapa iklan lain lagi yang tak sempat di rakam.  

Entah itu antara rentetan kisah bersama Nuffnang.  Sesekali ingin merajuk tetapi itu semua tiada maknanya kerana hidupnya blog ini bukanlah semata-mata kerana Nuffnang tetapi Nuffnang itu adalah rakan pintar di alam maya, berkongsi sedikit CPUV dan juga CPC sekadar adanya.


sumber gambar:  Instagram @yangbaik
Atau adakah mungkin berkongsi rasa mengenai 'Metafora Inovasi' seolah-olah zahir tidak terucap tetapi dilagukan.  Agak sukar sebenarnya untuk dikisahkan ceritera di sebalik 'Metafora Inovasi'.  Bimbang ia disalah ertikan lalu biarkan saja ceritera itu berselindung di sebalik layar semalu bersama khidmat kruing padi. 



Atau adakah mungkin cerita ini mampu menutup segala keresahan yang melanda?  Tidak juga kerana ia bukanlah penutup tetapi satu permulaan yang entah di mana titik noktahnya.  Sungguh sukar untuk digambarkan rentetan ceritera yang bakal berlaku.

Namun sebagai manusia biasa.  Hamba ini mampu berharap dan berdoa memohon keampunan di atas kekhilafan semoga dipermudahkan segala urusan untuk agama bangsa dan negara.

Catatan lewat malam ini agak panjang sepertinya ingin dikhabarkan seluruh peristiwa tahun 2014 yang panas tetapi masih lagi mahu berselindung disebalik awan kumulus nimbus yang berarak perlahan.

Sekian adanya. 


suka duka pentas dunia


$$$

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...