FOLLOWER

24 Mac 2014

Dia dah pandai buka sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apa yang dia buka sendiri tu?

Ketika kami anak beranak sedang asyik menonton tv tiba-tiba kedengaran bunyi pintu ais dibuka.  Tak siapa pun endah dengan bunyi pintu peti ais dibuka.  Maklumlah sedang kusyuk menonton tv.

Tiba-tiba kedengan suara menjerit.. "Abid buat apa tu?"

Apa lagi umi pun melompat le nak ke dapur.  Tak sempat sampai dapur, Abid dah meluru lari ke ruang tamu dan ternampak Abid pegang otak-otak di tangan kirinya.  Melelong-lelong berlari menuju ke depan tv, ingatkan tadi meluru ke muka pintu.  :D



Baru terperasan rupa-rupanya Abid dah 'kupas' sendiri otak-otak yang diambil dari peti ais.  Otak-otak semalam yang ayah bawa balik.

Terus saja duduk depan tv... lepak-lepak sambil makan otak-otak.  Macamlah boleh habis seketul tu.  

Abid memang suka makan otak-otak, tambahan otak-otak yang ayah bawa balik ni tak pedas sangat.  Isinya juga halus dan sedap.  Sesuai sangat dengan kanak-kanak seusia Abid; 1 tahun 5 bulan.


Nak otak-otak?  Dah tunjuk, nak ambil tak bagi pula.  Terus masuk mulut.  Sekali ngap sepenuh-penuhnya dalam mulut.  Geram betul.


Sekali makan, masuk banyak-banyak... nak tolong suapkan tak bagi.  Sudahnya sampai termuntah-muntah.  Itupun tak serik lagi... nak makan juga.  Tapi tak habispun... Abid makan separuh saja.

Abid dah pandai buka otak-otak sekarang nie... memang nak sangka.  Ohh... umi sudah ketinggalan dengan perkembangan anak-anak dek kesibukan dengan urusan kerja.  Mudah-mudahan belum terlewat untuk umi terus mengikut perkembangan anak-anak.

Jom makan #otak-otak.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia



$$$



6 ulasan:

  1. ibu yang bekerjaya macam kita ni selalu ketinggalan...kadang2 rasa ralat juga...bila ada masa dengan mereka, rasa nak biar lambat je kan masa tu berlalu...^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju sangat.... kadang-kadang terlepas macam-macam, hanya dengar dari pengasuh jer.. rasa kalau boleh nak ulang semula ... kann :D

      Padam
  2. sekejap masa berlalu....dah pandai mencari apa yang dia suka...tapi otak² mmg sedap....

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebahagian daripada perkembangan anak-anak... tq

      Padam
  3. petunjuk dah makin besar dan berakal, dah mula berdikari....

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan semakin pandai nak buat keputusan sendiri...

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...