FOLLOWER

30 Mac 2014

Mengusik dan merajuk perkara biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengusik dan merajuk di kalangan anak-anak adalah lumrah dan sudah menjadi biasa. Cuma kadang-kadang memang tak tahan dengan kerenah mereka.  Yang sorang suka mengusik tidak kira tempat dan masa, yang sorang lagi senang sangat merajuk pantang terusik sikit.

Itu semua bakal berlalu kan... begitu juga zaman kita ketika kanak-kanak dulu.  Puas kena usik dan puas merajuk...

suka mengusik


Gambar di atas tu si adik, memang suka mengusik.  Habis buku sekolah kakak dan abangnya diubah dan disorok.

Memang suka tengok gelagat dia sebab masa dia ambil buku dalam beg sekolah abang dan kakaknya tu... diam-diam jer.   Lepas tu ketar kepala lari masuk dalam bilik menyorok.

Memang dia macam tu.  Nak kata tak larang... dah jenuh jugaklah tetapi malas nak paksa-paksa sangat.  Dak cerdik dan berakal esok lusa berhenti lah tu.  Sekarang ni saraf otaknya sedang berhubung  dan saling menyampaikan maklumat.  Sangat!!!

Kadang-kadang dia ambil buku abang... paling kelakar dia suka ambil buku matematik. Agaknyalah kan dalam buku tu ada gambar dan nombor serta banyak warna... itu pandang umi yang dah tentu saraf otaknya telahpun bersambung... tinggal tak putus jer :P

Entah apa yang dia faham... memang umi tak faham... huhuhu

Kadang-kadang dia ambil bekas pensil kakaknya dan simpan entah mana.  Paling hebatnya bila tanya letak di mana dia ingat... cepat-cepat ambil.  Suka sangat mengusik kakak.


suka merajuk

Gambar kat atas ini pula ... salah satu aksi kakak ketika merajuk kena marah dengan umi sebab pukul adiknya.

Memang betul tindakan kakak ketika itu... tetapi kaedahnya tidak sesuai kan.  Tetapi bila difikirkan pula... betulkah tindakan umi marah kepada kakak itu. Uhhhh memang tak patut juga.

so... nak buat apa lagi.... kena telan jugalah apa juga tindakan yang dibuat.

Empat orang anak, empat kerenah yang nak dilayan. Apa-apapun semuanya sementara mereka masih kecil bila dah besar agaknya kita akan merindui saat ini.


suka duka pentas dunia

#MH370 dalam ingatan




$$$


3 ulasan:

  1. saya jaga budak2 kat taska pun dah pening kepala. Hahah. Tapi anak2 lah sumber keceriaan ibubapa kan kak? Heheh XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat taska tu ramai lagi... lebih dari 4 kan... memang lah pening nak layan macam2 kerenah... :D

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...