FOLLOWER

12 Mac 2014

Minuman Tenaga STING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Gambar: Sting Energy Drink
Minuman tenaga baru bernama STING keluaran PEPSI.
Harga Promosi agaknya hanya RM1.90

Pertama kali nampak tin minuman ni memang pelik.  Dengan corak yang macam ganas dan warna yang mengancam.  Nak beli pun takut.

Satu hari nampak seorang kenalan minum.  Sudah.... teringin pula nak rasa.

Sebelum beli tanya dulu.

"Air nama STING tu air apa?"

"Air untuk tenaga kak"

Hmmm... tak jadi beli... sebab nampak menakutkan ada macam ngeri pun ada jugak.  Betul lah aye ni kolot.  Pemikiran orang lama nak buat cam mana lagi. Hehehe

Keesokan harinya terasa nak cuba.  Air untuk tenaga bagus juga.  Asyik kerja tak berhenti kadang-kadang masa rehat pun terbabas buat kerja juga.  Bila badan dah lemah fikiran pun jadi lembap... nak fikir banyak pun dah malas. 
Kannn

Kelihatannya ada dua warna merah dan kuning.  Merah menyala macam gambar di atas tu perasa strawberyy, lagi satu warna kuning keemasan memang meriah kalau tak silap perasa asli.  Aye beli warna merah... orang perempuan kan... memang mudah dipengaruhi. :P

Sebelum beli tengok dulu apa yang sepatutnya.  Antaranya logo HALAL yang sah.  Itu memang wajib.  Harga pula... bolehlah sebagai pengenalan bagi air untuk tenaga.  Kalau lebih murah lagi bagus. :D

Air ini... rupanya berkarbonat.  Maknanya macam air bergas yang lain seperti 100Plus atau coke atau pepsi ... semestinya.  Untuk kurangkan rasa gas... buka tin dan biarkan seketika... solat dulu... lepas solat sambung minum... dan mulakan kerja dengan penuh tenaga.

Wah... hebatnya... 

Entahlah blogger mana pula yang rajin buat promosi percuma ni.

Sedang asyik buat kerja... 

Tiba-tiba ....lebih kurang satu jam kemudian ada rasa kurang enak...mungkin mengikut penerimaan perut masing-masing kot.  Macamlah minum PEARL untuk kali pertama juga.

Sekali saja minum... mungkin lain kali tengok bajet dulu kot.  Sebab kalau minum hari-hari memang tidak berapa sesuai nanti merosakkan badan.  Esok sambung minum Sirap limau pulak.

Jeng jeng jeng...


uka duka pentas dunia



$$$


4 ulasan:

  1. Kalau nak tau, ini la minuman kesukaan mak saya..haha..mula2 macam terkejut bila tau..tapi memang perasan kalau dia nak buat kerja dia suka minum air ni..

    BalasPadam
  2. Belum pernah juga lihat minuman ni. Iklan pun belum ada kot. Mungkin nak saing Redbull kot.

    BalasPadam
  3. macam tak pernah nampak pula minuman nie

    BalasPadam
  4. kali pertama tengok, macam menarik je
    ...boleh try nanti...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...