FOLLOWER

5 Mac 2014

Patah tumbuh hilang berganti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Koleksi yang kian pudar.  Gambar hiasan

Patah kan tumbuh, hilang kan berganti.  Itulah pepatah atau kata-kata yang kita pernah dengar masa zaman kanak-kanak atau ketika zaman sekolah rendah hingga sekolah menengah.  Ketika permulaan mengenali bait-bait berkenaan aye pasti... ramai yang tidak memahami maksudnya dengan menyeluruh... termasuk penulis yang sedang menulis ketika anda membacanya kini.... kan?

Paling mudah kita akan faham, pokok atau dahan yang patah akan tumbuh semula dan barang yang hilang akan berganti.

Sesekali kita tidak atau jarang memikirnya bahawa tumbuhnya dahan baru itu tidak sama dengan dahan yang lama... kita hanya tersedar bahawa dahan yang tumbuh itu kadang-kadang lebih baik dari dahan lama atau paling buruk lagi dahan pengganti itu langsung tidak dapat membantu.

Sehingga kini... apakah anda faham?

Apabila hendak mentafsirkan sesuatu istilah memang sukar kerana tahap pemahaman kita sangat berbeza dan tidak sama.

Walau bagaimanapun, aye mengharapkan pemahaman kita ke atas petikan di bawah ini sama dan memberi erti yang sangat mendalam dalam kehidupan kita;
"Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu karena Allah, kecuali Allah akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya dari arah yang tidak dia sangka-sangka. Dan tidaklah seorang hamba menganggap remeh hal yang diharamkan, sehingga ia mengambil yang tidak baik, kecuali Allah akan memberinya sesuatu yang lebih berat daripadanya.  (Ubay bin Ka'ab)"

Pada zaman sekarang kita mungkin akan biasa baca petikan yang bermaksud lebih kurang begini "Allah menurunkan hujan dan Allah menurunkan pelangi yang cantik" .  Macam tak berapa kena pula ayat tu...

Apa pula pandangan anda mengenai pelangi atau hujan.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$


3 ulasan:

  1. setiap yg berlaku tu ada hikmahnya...bila turun hujan ada yg tak gembira, tapi pokok-pokok bersyukur...bila tgk pelangi...kita boleh rasa kekuasaan Allah...sbb takde yg mampu buat pelangi :)

    BalasPadam
  2. tak akan sama dgn yang dulu.
    tetap dikenang

    BalasPadam
  3. hujan dan pelangi hadir menyinari kehidupan. Penuh dengan kegembiraan. Yang bezanya mayb ianya tuk seketika or tidak je :>

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...