FOLLOWER

6 Mac 2014

Perlukah ada rasa terkilan atau simpati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Contoh gambar hiasan dari koleksi peribadi

Perlukah ada rasa terkilan?  Satu persoalan yang mungkin sukar untuk dijawab pada masa sekarang kerana kita tidak tahu situasi yang sebenar.


Nak dikisahkan begini, kereta jiran sebaris dengan rumah aye... dari maghrib tadi... lampunya menyala.  Tuan rumah ada dalam rumah.  Aye perasan semasa hendak hantar anak mengaji lepas solat maghrib tadi.  Mula-mula nampak lampu kecil di depan yang menyala.  Ingatkan mungkin tuannya tinggalkan sekejap. 

Satu jam kemudian selepas ambil anak mengaji lampunya masih menyala.  Nampak lampu di rumahnya juga masih terpasang.  Memungkinkan pemiliknya masih belum tidur... pada fikiran aye la... mana tahu pulak kalau ada orang tidur dengan lampu menyala pada zaman kemuncak kenaikan bil letrik ni kannn.

Dengan rasa simpati bimbangkan kehabisan bateri kereta esoknya... macam mana depa nak pi kerja kannn.  Aye ajak Alif ... beranikan diri tolong menolong jiran tetangga.  Sampai depan pagar rumah... nampaknya kedua-dua lampu kecil depan dan belakang terpasang.  Aye minta Alif bagi salam dan panggil tuan rumah.  Alif enggan tetapi selepas dipujuk dia bagi salam dan panggil 'Acik' beberapa kali.  Kedengaran suara anak kecil dan tuan rumah.  Selepas bagi salam empat atau lima kali kami tunggu sekejap... masih tidak berjawab.

Tidak mahu mengganggu ketenteraman tetangga di malam Jumaat, maka kami pun berlalu pulang ke rumah dengan rasa sedikit kecewa, mengharapkan ketika itu kami ada nombor telefon untuk dihubungi.  Jarak antara rumah kami tidak jauh hanya berselang dua pintu.  Jiran sebelahnya kiri dan kanan tiada di rumah.  Jiran itu sebenarnya baru beberapa bulan pindah ke kawasan ini.  Belum sempat lagi berkenalan dengan lebih mesra.  Kerana masing-masing bekerja.  Pergi kerja awal pagi pulang rumah lewat petang dan kadang-kadang malam.  Hujung minggu pula masing-masing buat hal sendiri.

Dalam perjalanan pulang, hati aye mengharapkan mereka akan tersedar kemudian dan akan segera keluar menutup lampu kereta itu.  Kelihatan lampu kecil di dalam kereta juga turut terpasang.  Adakah mereka terlupa atau memang sengaja dipasang itu aye tidak pasti.  Dalam hati terdetik mungkin juga lampu itu rosak kerana kelihatan cermin depan pecah sedikit.

Sungguh ketika ini hati ini masih rasa terkilan kerana tidak dapat berjumpa pemilik kereta itu dan juga ada rasa simpati bagaimana agaknya keadaan kereta itu pagi esok... 

Bagaimana???


suka duka pentas dunia

$$$


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...