FOLLOWER

6 Mac 2014

Taklimat Integriti dan Akauntabiliti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Hari ini, bakal seharian di Dewan Al-Khawarizmi kerana mengikuti Taklimat Integriti dan Akauntabiliti.  Agak lama juga tidak mengikuti taklimat sebegini.  Bagusnya ada taklimat sebegini adalah dapat memberi kesedaran dan peringatan kepada diri kita mengenai salah laku yang tidak wajib kita amalkan.


Antara salah laku kadang-kadang kita tidak sedar bahawa ia adalah salah tetapi tiada siapa yan hendak menyedarkan kita.  Tetapi kita sendiri sepatutnya ada kesedaran untuk mengetahui apa yang salah dan apa yang betul.  Wah.... macam penceramah bebas pulak.  Bukan apa sebagai manusia kita perlu ada sikap dan kesedaran sendiri kannnn

Berikut adalah sedikit petikan yang sempat diambil semasa sesi taklimat pertama pagi tadi; iaitu Kesedaran Integriti.  Iaitu tanggungjawab setiap daripada kita, seperti berikut:
1.  Tunaikan amanah yang diberikan dengan sempurna
2.  Utamakan kepentingan awam
3.  Tidak mementingkan diri sendiri
4.  Perkasakan integriti dalam diri
5.  Ikhlas dan pekerjaan dan kenalpasti potensi yang boleh menaikkan integriti
6.  Mesti telus dan tulus dalam setiap pekerjaan, pebuatan dan perkataan.

Banyak sebenarnya nota yang hendak dikongsikan, tetapi buat sementara waktu ini hanya ini dulu yang sempat diluahkan.  Kejar masa nak masuk kelas semula jam 2.30 petang ni.  Tidak mahu berjanji untuk meletakkan tambahan nota, bimbang janji itu tidak dapat ditetapi maklumkan bermacam-macam kekangan yang bakal tiba.  Jika sempat dan berpeluang In sha Allah akan aye kongsikan sedikit lagi di sini.

Sekian adanya.  

"Integriti adalah soal hati."


suka duka pentas dunia


$$$

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...