FOLLOWER

16 April 2014

Menu petang semalam bersama anak-anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Petang semalam, nak kata rajin tak juga tetapi untuk memenuhi kehendak dan hasrat anak-anak mak umi terpaksa menjadi chef dan tukang masak yang handal.  Kerana tukang masak kerjanya senang.  Nak masak pakai campak-campak jer apa bahan yang ada.


nasi goreng udang

Bila tiba bab memasak macam ni.
Kadang-kadang macam tidak percaya.  Tambahan bila anak-anak memuji memang terbaik.  Belum masuk lagi dapat pujian dari anak bapa mertuaku.  Pasti 10 kali suruh masak pun boleh punyalah. Janji cukup bahan. Kan.

Menu nasi goreng, secara kebetulan sampai rumah anak-anak dah bising tanya makanan.  Hairan juga macam 1 hari tak makan.  Okey... mood rajin tak memang tak sangka sangat.  Kesian dekat anak-anak dah lama tak merasa air tangan maknya asyik kena 'tangan' jer.

Nasi tengahari tadi ada lagi setengah periuk.  Sayur, sotong dan cili giling pun ada lagi.  Apa lagi mulakan operasi dengan segera sebelum anak-anak bertambah bising.  Seronok juga.... bila dah mula potong bawang dan sayur... anak-anak semua diam dan beri tumpuan kepada kerja masing-masing. Ada yang melukis, ada yang menulis dan juga menonton tv... citer apa lagi Upin Ipin lah.

Siap masak. Upin Ipin pun tamat.  Dengan tertibnya memasing duduk menunggu hidangan.  Teruja dengan tingkahlaku anak-anak.  Mudahan mereka akan terus menjadi insan yang soleh dan solehah serta dijauhkan dari gangguan dan fitnah dajjal.

Sekian adanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370



$$$$$


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...