FOLLOWER

11 April 2014

Projek menjahit manik dan pembantu setia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Projek ini pada asalnya memang tiada kaitan dengan dia kerana bajunya tidak boleh dijahitkan manik... habis dicungkilnya.  Tetapi harus juga diselitkan wajahnya kerana dia pembantu dan peneman setia.

Dah buat entri ni kan... tak tau pulak bila nak publish sebab tunggu hari yang idea tak muncul... tetapi rasa macam tak sabar jer nak publish walaupun baru tadi dah keluarkan entri terbaru... sabar jer lah.

Anak ini memang tekun bila tiba bab menganggu gugat kerja buat umi.
Umi bukannya tak peduli sangat tetapi malas nak berkisah sangat.  Mana tidaknya bila ditegur merajuk... terus meraung kecoh setaman.  Lalu dibiarkan saja apa yang dibuatnya sambil memerhati dari dekat.

Manik tu... dah di susun atur elok dalam mangkuknya, dituang dan ditabur... kemudian dikutip semula tetapi diletakkan di tempat lain pula.  Bila ditegur katanya dah kira dah tu... Apa yang dia kira entahlah.


Sebenarnya umi suka juga bila tiba masa nak asingkan manik-manik ikut warna dan saiz. Sebab dia suka membantu dan bantuannya tidak pernah tewas... mungkin kerana dia suka 'mengira' manik dan mengasingkan manik.

Sediakan bekas dan ruang secukupnya.  Tunjuk contoh tempat letak manik yang sesuai... dia akan ikut dan memang tepat... sekali.

Betul-betul teruja dan nampaknya dia 'enjoy' dengan tugasannya itu.

Cuma tidak boleh diberikan selalu... nanti dia juga pandai 'merapu', diletaknya manik itu ikut suka jiwanya yang tulus...


Ini adalah contoh jahitan manik yang dikenakan pada baju pusaka.  Pusaka la sangat.  Baju ini peninggalan gemulah bonda tercinta.  Kebanyakan baju gemula aye boleh pakai, kalau nak 'repair' sikit sangat mungkin pada pinggang ataupun pada bahu tetapi hentam jer...sebabnya saiz baju kami memang sama dan tidak jauh beza.

Cuma sedikit berbeza semenjak gemulah bonda jatuh sakit... masa tu. memang tak perasan ingat sebab diet (sangat kannn)... rupa-rupanya kurus kerana penyakit yang tidak disangka-sangka.  Biarlah itu semua jadi kenangan dalam lipatan hidup.

Dengan ini baju berkenaan dan beberapa baju lain akan dengan sengaja beri nafas baru dan sedikit nilai tambah.

Untuk corak ini dah masukkan dalam instagram dan fb.... nampaknya macam ada yang berminat dengan design ni... okey akan ditambahbaik lagi.


Corak ini ringkas sangat tetapi kali ini buat pada baju sendiri.  Baju ini juga mempunyai kenangannya yang tersendiri.

Jahitan manik untuk baju ini ketika gambar ini diambil dan cerita ini ditaip belum lagi siap sepenuhnya.  Antara penyebab tidak siap adalah kerana sudahpun lewat malam dan maniknya dah hampir habis... tunggu hujung minggu pula baru sambung walaupun dalam hati berdetik detak tak sabar nak tunggu siap.  Macamlah boleh pakai malam ni kan.

Tak tahu pulak macam mana nak hentikan penulisan ini.  Nak mengarang lagi idea dah tak timbul... yang timbul hanyalah sabut ringan.... macam kosong jer :P

Saja nak buat rekod di sini... ada beberapa lagi gambar projek jahit manik dalam simpanan tetapi akan dikeluarkan untuk entri lain mungkin juga entri sempena baju raya untuk keluarga atau baju untuk tunang atau baju untuk majlis bertandang... tengoklah mana dulu.

Tunggu yerr semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370




$$$

1 ulasan:

  1. mau berbuih mulut nk kira manik2 tu..

    dulu suka jgk jaht mnik kt bju2 lama..beri wajah baru

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...