FOLLOWER

7 April 2014

Take away bukan give away

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Adakah sama istilah 'take away' dan 'give away'

Pizza hut Delivery

Tak pasal-pasal buat entri percuma ala-ala khidmat masyarakat.

Risalah Pizza Hut ini diterima pada hari Ahad lepas.  Elok terletak di pagar rumah.  Apa yang menyebabkan rupanya renyok dan tidak cantik adalah kerana risalah ini diletakkan di pagar rumah ketika hujan turun.  Mungkin semasa diletakkan hujan belum turun.  Tetapi diambil ketika hujan sudahpun berhenti.  Kebetulan pula yang mengambil risalah ini adalah umi, kalau anak-anak yang ambil dah tentu selamat dijadikan pesawat tak pun jadi boneka kertas... warnanya kan menarik merah kemerahan.  Anak-anak memang tak peduli pun apa isi kandungannya... apa tah lagi nak baca dalam bahasa Inggeris.  Memang jenuh mengeja, walaupun gambarnya nampak menyelerakan.... memang lapar dibuatnya.

Panjang lebar penerangan macamlah nak menuntut 'give away' dari Pizza hut sebab buat entri percuma.  Boleh lah kira macam 'what you give, you get back' kan?  

Tengok pada tawaran harga memang menarik.  Mana tidaknya hampir separuh harga atau mungkin lebih lagi... entahlah dah lama tak bertapa di pondok pizza walaupun dah hampir setengah tahun wujud di Bandar Seri Iskandar.

Memandangkan ekonomi meleset bertambah dengan kenaikan harga lampin pakai buang, susu untuk anak-anak dan pelbagai barangan dapur... nak makan mewah-mewah macam ni kadang-kadang fikir 5-6 kali, dah habis fikir langsung tak jadi nak singgah.  Dapat tengok risalah pun jadilah kan.

Kita sekarang hidup dalam dunia yang serba mencabar dengan kenaikan harga barangan pengguna.  Semua orang menanti peluang hendak menambah pendapatan.

Entah apa lah cerita malam ni... macam tiada kaitan langsung dengan Pizza Hut.  Nak cerita macam mana... tengok gambar pun semua orang dah boleh gambarkan.  Cepat-cepat promosi ini tamat 30 April 2014 dan sah untuk 'take-away dan delivery only'.  Kalau nak makan kat dalam pondok tu pergilah cari sendiri kat pondok tu... mesti jumpa satu yang berkenan.

Tiba-tiba pulak kannnn

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370




$$$

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...