FOLLOWER

17 April 2014

Tunjuk perasaan dalam entri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Entahlah! perasaan apa yang nak ditunjukkan pun tak tahu.  Dalam keadaan perasaan yang tidak menentu bercampur baur antar suka, gelisah, kecewa, teruja dan moody.  Tidak tahu bagaimana perasaan itu bercampur.  Semuanya kerana pengaruh persekitaran yang kadang-kadang boleh menggugat kesejahteraan jiwa raga.

Ayat kan mesti tapau dari mana-mana entri dalam fesbuk

Tidak ahh.  Memang ayat sendiri ler nie.



Pertama:
Anak-anak dah mula pandai menconteng.  Dari yang sebesar 8 tahun sehingga ke usia 18 bulan.  Sana sini nak menconteng. tak cukup kertas A4 yang disediakan, guna pula buku 33333 dalam poket baju ayah, habis buku 3x5 ambil pulak nota lekat di peti ais.  Semuanya nak diconteng.  Belum kira lagi dengan lukisan mural di dinding.

Tetapi kerenah mereka itu tidak lama.  Kelak dah dewasa barulah boleh dicat semula dinding dengan warna kesukaan ataupun boleh letak wallpaper sendiri. Kan



Apa pula yang dikaitkan dengan gambar di atas?

Tak tahu apa motif gambar tu.  Yang pasti itu adalah botol celak serbuk.  Seminggu lepas telah ditumpahkan dengan sengaja oleh seseorang.  Jenuh nak menyental dan buat isian semula.

Kesimpulannya setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.  Tidak semestinya yang kita suka itu terbaik untuk kita tetapi bagaimana pula sekiranya yang kita tidak suka itu memberi kebaikan kepada kita?  Terpulang... berserah dan berharap pada Yang Maha Kuasa semoga kekusutan segera terlerai.

Sekian.

3 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...